[VIDEO] PM Slovakia kritikal, kena tembak 5 kali lepas mesyuarat Kabinet


  • Benua
  • Rabu, 15 Mei 2024

Pihak keselamatan segera membawa Fico ke kawasan selamat untuk mengelakkan keadaan lebih teruk dialami Perdana Menteri itu. — Agensi

PERDANA Menteri Slovakia, Robert Fico berada dalam keadaan kritikal selepas menjadi sasaran tembakan sekitar di Handlova, Trecin di pusat negara itu.

Menteri Pertahanan negara itu, Robert Kalinak dalam sidang akhbar di hospital tempat Fico dirawat memberitahu, Fico sedang bertarung nyawa ketika ini yang menyaksikan keadaan perubatannya sangat kompleks.

"Dia ditembak beberapa kali dan keadaannya amat merisaukan. Pembedahan itu telah berlangsung selama tiga setengah jam.

BACA LAGI: Suspek kes tembak KLIA ada buat pemeriksaan kesihatan mahu kerja di Arab Saudi

BACA LAGI: Suspek tembak KLIA akui masih sayangkan Farah Cie

"Dia sudah dipindahkan ke Banska Bsytrica menggunakan helikopter kerana tempoh terlalu lama untuk membawanya ke ibu negara di Bratislava," katanya menerusi satu kenyataan.

Terdahulu, laporan daripada siaran televisyen Slovakia mengatakan dia ditembak sebanyak lima kali di perut dengan polis sudah dapat menahan seorang suspek.

Timbalan jurucakap parlimen di negara itu, Lubos Blaha mengesahkan insiden tersebut ketika satu persidangan dengan perkembangan lanjut dikongsikan.

“Hari ini, selepas mesyuarat kerajaan di Handlova, terdapat cubaan membunuh Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico,” kata kerajaan dalam catatan di media sosial.

Insiden itu berlaku apabila seorang penyerang melepaskan beberapa das tembakan di hadapan House of Culture di pusat bandar Handlova, lokasi mesyuarat Kabinet diadakan.

Presiden Slovakia, Zuzana Caputova menyelar tindakan tersebut dengan menyatakan ia adalah satu bentuk keganasan dan serangan akan perdana menteri mereka.

"Saya amat terkejut. Saya berharap Robert Fico diberikan semangat dalam keadaan kritikal ini dan semoga cepat diberikan kesembuhan," katanya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram