SEORANG bekas Pegawai Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) maut selepas ditembak Polis Seattle di sebuah hotel Tukwila di Hansville, Kitsap County pada 17 April lalu.
Suspek, kapten bersara, Bruce Coval Meneley, 67, yang mati ditembak didapati terlibat dalam jenayah seksual kanak-kanak atau pedofilia.
Menerusi rakaman kamera badan, beberapa anggota polis sedang melakukan operasi untuk menjerat dan menangkap suspek yang ketika itu ingin bertemu dengan dua kanak-kanak perempuan berusia tujuh dan 11 tahun di hotel berkenaan.
BACA LAGI : Wanita tuntut penjelasan, kecewa komponen 'back axle' putus tiba-tiba ketika lalu selekoh
Meneley (kiri) yang menyimpan pistol di dalam bajunya ketika kejadian.
BACA LAGI : Padah pukul warga emas, pengurus rumah kebajikan didenda RM4,500
Dalam video tersebut, Meneley dilihat seolah-olah menunggu untuk masuk ke dalam bilik sebelum diserbu pihak polis.
Meneley bagaimanapun dengan pantas mengeluarkan pistol sejurus melihat dua anggota polis keluar daripada bilik itu untuk menahannya.
Pada masa sama, suspek sempat melepaskan beberapa das tembakan kepada seorang anggota polis sebelum tewas ditembak dan maut di tempat kejadian.
Kejadian tersebut sekali gus menyebabkan pergelutan dengan masing-masing berbalas tembakan.
Meneley berkhidmat dalam ketenteraan dari 1986 hingga 2016 sahaja.
Menurut Polis Seattle, kemungkinan eksploitasi seksual kanak-kanak di daerah tersebut meningkat sebanyak 250 peratus sejak 2019.
Ketua Polis Seattle, Adrian Diaz berkata, anggota yang terlibat dalam operasi itu ditugaskan untuk melakukan perkara tersebut.
"Bagi pegawai kami, situasi ini berbahaya dan tidak dapat diramal. Justeru, tembakan ke arah Meneley adalah perlu untuk menumpaskan suspek," katanya dalam satu kenyataan.
Sementara itu, Jurucakap Naval Station Kitsap berkata, hasil siasatan mendapati tiada nama Meneley direkodkan dalam direktori jabatan tersebut serta tiada sebarang maklumat di pangkalan data.
Begitupun, rekod Jabatan Pertahanan AS pula menunjukkan Meneley berkhidmat dalam ketenteraan dari 1986 hingga 2016 sahaja. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram