Dua suspek tunggang Yamaha Y15 lepas tembakan rambang di Pasir Mas


  • 112
  • Sabtu, 04 Mei 2024

Muhammad Zaki (tengah) memaklumkan pihaknya masih belum mengenal pasti identiti dan nombor pendaftaran kenderaan digunakan suspek.

POLIS Kelantan sedang memburu dua suspek yang disyaki terlibat dalam kejadian tembakan di Kampung Alor Pinggan, Gelang Mas, Pasir Mas awal pagi Sabtu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, kedua-dua suspek disyaki menggunakan sebuah motosikal Yamaha Y15 ketika kejadian.

Menurutnya, polis bagaimanapun masih belum dapat mengenal pasti warganegara individu terbabit dan nombor pendaftaran kenderaan yang digunakan.

BACA LAGI: 28 dicekup, polis Butterworth siasat punca rusuhan berparang

WhatsApp Image 2024-05-04 at 17.56.35

Tembakan turut diarahkan kepada tingkap sisi sebuah Perodua Myvi. Malaysia Hot

BACA LAGI: Bayi perempuan maut dipercayai didera, ibu diburu polis Johor

"Berdasarkan laporan yang dibuat pada pukul 4.42 pagi, pengadu terdengar bunyi empat das tembakan di luar rumahnya kira-kira pukul 3 pagi ketika sedang tidur bersama sepupunya.

"Dia dan sepupunya kemudian terus bergegas ke pintu utama dan mendapati dua lelaki menggunakan sebuah motosikal memecut laju ke arah Bunut Susu, Pasir Mas," katanya melalui kenyataan pada Jumaat.

Tambahnya lagi, pengadu mendapati kereta Perodua Viva warna ungu milik sepupunya di tembak pada sisi kiri cermin belakang kereta.

Muhamad Zaki turut memberitahu, pemeriksaan sepasukan polis di lokasi kejadian mendapati terdapat kesan tembakan pada kereta manakala kenderaan Mitsubishi Triton di tembak di bahagian fender kiri.

"Pemeriksaan di kawasan hadapan rumah itu menemui empat kelongsong peluru disyaki jenis 9 milimeter," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram