[VIDEO] Nama kena petik ada skandal dengan tokan dadah, ratu cantik Ecuador kena tembak dari jarak dekat


  • Benua
  • Selasa, 30 Apr 2024

Goyburo dibunuh di restoran pada usia 23 tahun. — Agensi

SEORANG wanita yang memegang gelaran Ratu Cantik Ecuador mati ditembak dari jarak dekat.

Parraga Goyburo, 23, ditembak mati oleh pembunuh upahan di sebuah restoran selepas berbulan lamanya menjadi sasaran.

Laporan antarabangsa menyebut Goyburo menjadi sasaran selepas dia menjadi subjek perbualan penyeludup dadah di negara tersebut dalam sebuah perbualan rahsia.

Merupakan salah seorang bekas peserta Ratu Cantik Ecuador dengan mewakili daerah Los Rios pada 2022, Goyburo mempunyai jumlah pengikut sebanyak sejuta di media sosialnya.

Pada 2023, nama Goyburo menjadi sebutan dalam perbualan apabila dikatakan terlibat dalam kes jenayah terancang yang sedang disiasat oleh Pejabat Peguam Negara.

Perbualan itu diperdengarkan kepada umum oleh Pejabat Peguam Negara sendiri.

BACA LAGI: [VIDEO] Berkat jaga ibu dan kakak OKU, Roslizam menang kondominium mewah RM602,800

BACA LAGI: [VIDEO] JKNT buat siasatan cari punca 5 individu keracunan lepas makan kuih

Salah seorang daripada 52 orang yang didakwa dalam kes terbabit bernama Helive Angulo atau panggilannya, Estimado.

Menerusi perbualan itu, Angulo mendedahkan perbualannya dengan seorang tokan dadah bernama Leandro Norero.

Angulo mendedahkan yang pihak polis bertanyakan kepadanya mengenai Goyburo dan dia memberitahu perkara itu kepada Norero.

"Jika isteri saya tahu apa-apa mengenai hubungan saya dengan Goyburo, habislah saya.

"Sahabatku, nama dia (Goyburo) tidak boleh kena 'petik' secara tiba-tiba. Jika tidak, habislah saya," kata Norero.

Kata-kata itu keluar daripada mulut Norero enam bulan sebelum dia mati dalam tahanan di penjara pada 2022. Selepas kematiannya, Pejabat Peguam Negara membuat siasatan mengenai setiap transaksi wang yang ditujukan kepada akaun bank Goyburo.

Sehingga kini, kes pembunuhan itu masih lagi di bawah siasatan pihak berkuasa Ecuador yang cuba untuk mendapatkan kaitan mengenai Goyburo dengan komuniti tokan dadah di negara itu.

Pihak berkuasa juga mahu mencari motif pembunuhan dan mengenal pasti semuanya yang terlibat dalam pembunuhan kejam tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram