[VIDEO] Berang kena tumbuk punca maskot belasah lelaki berkerusi roda sampai berdarah di Melaka


  • 112
  • Rabu, 15 Mei 2024

SEORANG lelaki yang mengenakan kostum ‘Elmo’ dirakam memukul lelaki sehingga cedera di kaki lima sebuah pusat beli-belah dekat Melaka pada Rabu.

SEORANG lelaki yang mengenakan kostum ‘Elmo’ dirakam memukul lelaki sehingga cedera di kaki lima sebuah pusat beli-belah dekat Melaka pada Rabu.

Menerusi video tular berdurasi 34 saat itu, individu terbabit bertindak menumbuk muka lelaki berkenaan sehingga berdarah sebelum ditegur oleh orang awam.

Dia mendakwa perbuatannya itu disebabkan oleh tindakan mangsa yang terlebih dahulu menumbuknya pada perut.

BACA LAGI: [VIDEO] Aksi mengejar sejauh 20km, polis tahan pemandu positif dadah, pukul warga asing di Butterworth

BACA LAGI: Samseng pedang samurai, provokasi peniaga ketam nipah antara 4 kes diberkas lepas ‘sentuh’ penguat kuasa

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian.

"Kita akan semak dahulu sama ada video tersebut adalah klip lama atau baharu, jika ia baru berlaku, kita akan buat laporan supaya tindakan dapat diambil," katanya dalam kenyataan pada Rabu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram