Petinju Britain meninggal dunia ketika debut aksi profesional


  • Benua
  • Selasa, 14 Mei 2024

Sherif Lawal, 29, dilaporkan rebah dan meninggal dunia dalam aksi debut pertamanya di peringkat profesional. — Agensi

PETINJU kategori kelas pertengahan (middleweight), Sherif Lawal meninggal dunia selepas rebah di tengah gelanggang dalam penampilan sulungnya di pentas profesional pada Ahad.

Susulan insiden itu, Lembaga Kawalan Tinju British menghantar nota takziah atas pemergian mendiang pada Isnin.

Menurut laporan media, Lawal, 29, yang merupakan petinju British itu dipukul teruk pada pusingan keempat daripada enam pusingan yang dijadualkan ketika menentang lawannya dari Portugis, Malam Vareladi, di Harrow Leisure Centre London, England.

BACA LAGI: [VIDEO] Martin Nguyen cipta sejarah tumbangkan legenda Filipina dengan tumbukan KO

BACA LAGI: [VIDEO] Lepas didakwa mati, petinju AS muncul semula bongkar aktiviti gelap kelab elit 'Bohemian Grove'

"Malangnya, semasa dalam pertarungan, Lawal secara tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri.

"Meskipun cuba dibantu sedaya upaya oleh pasukan paramedik, dia kemudiannya disahkan meninggal dunia ketika kejadian," tulis laporan tersebut.

Pertarungan itu walau bagaimanapun dibatalkan dan kemenangan pihak lawan adalah tidak sah. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram