POLIS Indonesia berjaya menahan seorang lelaki yang juga suspek utama melakukan penderaan seksual dan mencabuli anak kandungnya pada Selasa.
Suspek yang hanya dikenali sebagai SN ditangkap di kediamannya di Cilangkap, Jakarta Timur pada pukul 4.27 petang hari yang sama.
Ketua Perhubungan Polis Awam, Ade Ary Syam Indradi berkata, lelaki berkenaan ditahan selepas bekas isterinya membuat laporan suspek mencabul dan melakukan penderaan seksual terhadap anak mereka yang berusia lima tahun.
"Sebelum menahan suspek, pihak kami telah melakukan siasatan awal terlebih dahulu.
"Dalam kes ini, selepas mengumpul segala bukti, penyiasat memutuskan dan menamakan SN sebagai suspek utama berdasarkan bukti yang telah dikumpul.
BACA LAGI: [VIDEO] Canang hobi mahal, ramai geram tengok geng RXZ patah palang Smart Tag di Plaza Tol Segambut
Terdahulu, tular di media sosial memaparkan seorang wanita membongkarkan kisah anaknya mengadu sakit di bahagian kemaluan selepas pulang dari bermalam dari rumah suspek.
Berdasarkan hantaran di laman media sosial X (Twitter) itu memaklumkan ibu mangsa dan suspek telah bercerai sejak 2020.
Difahamkan, ibu mangsa telah membuat aduan tersebut kepada pihak polis pada 6 Februari lalu dan ia kini masih dalam siasatan.
Memetik laporan media antarabangsa, suspek yang juga merupakan seorang anggota keselamatan dan penyelamat Indonesia akan direman sehingga siasatan tersebut selesai.
Tindakan suspek yang mencabuli satu-satunya anak tunggal perempuannya itu menjadi bualan dalam kalangan warga maya.
Manakan tidak, tiada siapa yang menyangka seorang lelaki yang memikul tugas menjaga keselamatan dan membantu orang awam itu tergamak melakukan perbuatan terkutuk tersebut.
Malah, suspek didakwa telah melakukan perbuatan keji itu beberapa kali walaupun kanak-kanak berkenaan meraung menangis kesakitan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram