Prosiding rayuan: Pihak pendakwaan tegaskan Zulfarhan ditekap dengan seterika wap 90 kali


Pemergian Zulfarhan terus memberi kesan mendalam terhadap orang awam yang mengenang nasibnya ketika kejadian.

PIHAK pendakwaan menegaskan lima bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) menggunakan seterika wap untuk menekap sebanyak 90 kali pada anggota badan Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain, tujuh tahun lalu.

Lima bekas penuntut itu ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal; Muhammad Azamuddin Mad Sofi; Muhammad Najib Mohd Razi; Muhammad Afif Najmudin Azahat dan Mohamad Shobirin Sabri.

Timbalan Pendakwa Raya, K Mangai berkata, penggunaan seterika wap itu mengikut arahan seorang lagi bekas penuntut UPNM, Abdoul Hakeem Mohd Ali.

BACA LAGI: 'Tiada lagi gelak tawanya sambil isi beras dalam ketupat', bapa kongsi memori Syawal bersama Zulfarhan

BACA LAGI: 'Tolong jangan nyanyi lagu itu', ayah Zulfarhan kecewa pegawai UKM 'sama naik' menganjing UPNM

"Ia berdasarkan keterangan saksi pendakwaan ke-25 (SP25), Mohd Syafiq Abdullah yang juga bekas penuntut universiti terbabit.

"Mahkamah Tinggi menerima bukti dikemuka saksi itu yang dilihat neutral dan ada kredibiliti," katanya di hadapan panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Datuk Hadhariah Syed Ismail pada Rabu.

Turut bersidang, Hakim Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Azmi Ariffin.

Pada 2 November 2021, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun terhadap enam penuntut UPNM itu kerana didapati bersalah atas pertuduhan menyebabkan kematian Zulfarhan tanpa niat mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan (KK).

Sebelum ini, Muhammad Akmal; Muhammad Azamuddin; Muhammad Najib; Muhammad Afif Najmudin dan Mohamad Shobirin menghadapi pertuduhan membunuh Zulfarhan mengikut Seksyen 302 KK yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

36317563_1864284383873779_1522601816653561856_n

Seterika wap yang digunakan sehingga menyebabkan kematian arwah Zulfarhan.

Abdoul Hakeem pula didakwa bersubahat membunuh mengikut Seksyen 109 KK yang membawa hukuman sama.

Mahkamah Tinggi juga menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun terhadap tertuduh terbabit kecuali Mohamad Shobirin serta 12 rakan mereka selepas didapati bersalah atas pertuduhan mencederakan Zulfarhan.

Mohamad Shobirin sebelum ini didakwa atas kesalahan mencederakan, tetapi dilepaskan daripada pertuduhan itu di akhir kes pendakwaan.

Rakan penuntut itu ialah Mohd Hafiz Fauzan Ismail; Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain; Ahmad Shafwan Berdal; Muhammad Amirul Asraff Mala; Luqman Hakim Shamsuri Agus; Muhammad Sufi Mohd Mustapha; Noriznan Izzairi Noor Azhar; Muhamad Ashraf Abdullah; Muhammad Danial Firdaus Azmir; Muhammad Hasif Ismail; Muhammad Adib Iman Fuad Ady Sani dan Mohamad Syazwan Musa.

2030279

Kehilangan Zulfarhan meninggalkan kesan mendalam terhadap keluarganya.

Mereka didapati bersalah atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Zulfarhan untuk mendapatkan pengakuan bahawa dia mencuri komputer riba.

Kesemua mereka didakwa melakukan perbuatan itu di dua bilik, blok penginapan asrama Jebat, UPNM pada 21 dan 22 Mei 2017.

Zulfarhan meninggal dunia ketika dalam rawatan di Hospital Serdang, Selangor pada 1 Jun tahun sama.

Sementara itu, peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik mewakili Muhammad Najib berkata, Mahkamah Tinggi amat bergantung kepada keterangan SP24, Ahmad Senabil Mohamad dan Mohd Syafiq.

Ia bagi mencari kes prima facie sebelum akhirnya menyabitkan Muhammad Najib atas kesalahan mengikut Seksyen 304(a) KK. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram