SEBANYAK 28 unit bomba Israel kini dalam usaha memadamkan kebakaran besar di pangkalan tentera Tel Hashomer yang terletak di Ramat Gan, Tel Aviv pada Selasa.
Menurut laporan media antarabangsa, kebakaran tersebut berlaku di sebuah gudang yang digunakan untuk menyimpan pelbagai peralatan.
Setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan akibat insiden tersebut.
BACA LAGI: Serangan Iran terhadap Israel adalah tindakan sah — PM Anwar
BACA LAGI: [VIDEO] Israel guna media sekutu tunjuk bukti musnahkan sistem pertahanan Iran
Bagaimanapun, pihak berkuasa masih menyiasat punca sebenar kebakaran tersebut tercetus.
Kejadian itu turut dirakam individu yang berada di lokasi kejadian sebelum dikongsikan di media sosial pada hari yang sama.
Berdasarkan laporan, agensi keselamatan sedang dikerahkan untuk memastikan keselamatan di kawasan itu berada di tahap terbaik agar kebakaran tersebut tidak menjejaskan kegiatan perniagaan di kawasan sekitar.
Selain itu, pegawai ditempatkan turut dilihat mengosongkan premis berdekatan sebagai langkah berjaga-jaga. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram