ATLET kayak Malaysia, Siti Nurul Masyitah Elias dilaporkan cedera parah selepas dipercayai dilanggar oleh seorang pemandu mabuk pada Sabtu.
Perkara itu dikongsikan menerusi satu hantaran di laman Instagram Persatuan Pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (PPJKM), Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang, Johor pada Selasa.
PPJKM memaklumkan, mangsa ditimpa kemalangan di Lebuhraya Penyuraian Trafik Timur (EDL) ketika dalam perjalanan menuju ke Southkey.
BACA LAGI: Kali terakhir dilihat naik kereta lelaki misteri, 3 gadis Ranau hilang tanpa jejak
BACA LAGI: Mohon bantuan lelaki misteri, gadis Ranau hilang rupanya cari kerja nak beli telefon pintar
Menurut saksi beserta rakaman, sebuah kereta disyaki memandu dalam keadaan terhuyung-hayang sebelum melanggar Siti Nurul Masyitah yang menunggang motosikal hingga terseret sejauh lebih 600 meter.
"Mangsa kini dirawat di Hospital Columbia kerana mengalami kecederaan yang sangat serius," katanya.
Tangkap layar memaparkan kejadian Siti Nurul Masyitah dipercayai dilanggar seorang pemandu mabuk.
Persatuan itu turut memaklumkan, mangsa yang juga pelajar jurusan Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan) sering berulang-alik dari Politeknik Ibrahim Sultan ke rumah bagi menjalankan tanggungjawab menjaga ibu bapanya.
"Ibu mangsa mempunyai masalah tulang belakang akibat kemalangan manakala bapa mangsa tidak sihat dan perlukan rawatan dialisis," jelasnya.
Berdasarkan komen saksi di media sosial, pemandu terbabit juga sempat menunjukkan isyarat tangan 'peace' ketika dikerumuni orang ramai.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru, Asisten Komisioner Raub Selamat mengesahkan kejadian itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram