SEORANG anggota pasukan pemadam api dan penyelamat Indonesia hampir hilang nyawa pada Isnin selepas tanpa sengaja dilanggar kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) yang dipandu rakannya sendiri.
Kejadian yang berlaku di Pasar Alun-alun Kota Tegal dekat Jawa Tengah, Indonesia pada Isnin itu juga sempat dirakam oleh orang awam di lokasi kejadian.
Memetik laporan media antarabangsa, anggota yang dikenali sebagai Parwoto, 57 tahun bersama anggota yang lain sedang memadam api di sebuah premis kedai di tempat kejadian.
Nasib naas menimpa salah satu petugas pemadam saat proses pemadaman kebakaran pasar loak di Tegal.
Korban tertabrak mobil pemadam kebakaran yang hendak mengisi tangki,korban mengalami sejumlah luka-luka dan dilarikan ke rumah sakit terdekat untuk mendapatkan penanganan. pic.twitter.com/5LKWXD78Q2
— The Scariest Project (@ScariestProject) May 13, 2024
Ketua Polis Kota Tegal, Hartoto berkata, kejadian itu berlaku ketika kenderaan kecemasan tersebut hendak mengisi air bagi proses pemadaman kebakaran.
"Parwoto pula berada di belakang kenderaan tersebut bagi menghalau orang awam agar memberi laluan.
"Namun, pemandu kenderaan tersebut tidak menyedari mangsa di belakang dan terus mengundur laju sebelum melanggar mangsa.
"Mangsa yang dilanggar terus jatuh terperosok dan digilis tayar kereta tersebut," katanya.
Tambah Hartoto lagi, mangsa mengalami kecederaan di beberapa anggota badan dan dihantar ke hospital terdekat untuk mendapatkan rawatan.
Beliau turut menasihatkan petugas keselamatan yang lain untuk lebih berhati-hati dan menjadikan peristiwa tersebut sebagai pengajaran. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram