MAYAT seorang lelaki warga Malaysia yang juga kru kapal yang terjatuh ke dalam laut ketika memasang pilot ladder di perairan Chittagong, Bangladesh pada Rabu lepas, ditemukan pasukan penyelamat pada Ahad.
Perkara tersebut telah disahkan oleh Setiausaha Eksekutif Kesatuan Kebangsaan Pelaut-Pelaut Semenanjung Malaysia (NUSPM), Ikmal Azam Thanaraj Abdullah ketika dihubungi media tempatan.
Katanya, segala butiran lanjut mengenai insiden itu akan dikongsikan selepas pihaknya bertemu dengan keluarga mangsa pada Isnin.
BACA LAGI: [VIDEO] Rakyat Malaysia terjatuh kapal di perairan Bangladesh, rakan sekerja mohon doa semua
"Ketika ini, jenazah Muhammad Isa Muhammad Veeramohan yang berusia 31 tahun masih berada di Bangladesh untuk proses bedah siasat.
"Saya akan bertemu dengan keluarga mangsa pada pagi ini kemudian baru saya maklumkan butiran kejadian,” katanya.
Mayat seorang lelaki warga Malaysia yang juga kru kapal yang terjatuh ke dalam laut ketika memasang pilot ladder di perairan Chittagong, Bangladesh pada Rabu lepas, ditemukan pasukan penyelamat pada Ahad.
Kredit:Orang Awam pic.twitter.com/sTONC7zwvY
— Nadine Ardine (@MoMoT_Nadine) May 13, 2024
Terdahulu, Majoriti melaporkan mangsa dipercayai terjatuh daripada kapal ketika berada di perairan Bangladesh pada Rabu.
Menerusi hantaran dimuat naik di Twitter (X) @DanialDDD, memaklumkan mangsa yang juga rakan sekerjanya dan memohon orang ramai mendoakan urusan mencari dan menyelamat mangsa dipermudah.
Pengguna tersebut juga berkongsi video memaparkan keadaan laut di lokasi kejadian.
"Seorang rakan seperjuangan jatuh laut hari ini (Rabu) dekat Bangladesh. Semoga dipermudahkan urusan mencari dan menyelamat (SAR) pasukan dari Bangladesh Coast Guard.
"Sempat campur dengan dia last ship. Semoga sahabat-sahabat lain pulang dengan selamat," tulisnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram