SEORANG individu yang juga saksi kejadian seorang lelaki ditemui terbaring terlentang dan dipercayai maut di Kampung Padang Kasak dekat Pokok Sena, Kedah bukanlah mangsa samun seperti yang didakwa tetapi mabuk dan berada dalam pengaruh alkohol sehingga tidak sedarkan diri.
Terdahulu, tular di aplikasi WhatsApp mendakwa lelaki penduduk di kawasan tersebut digemparkan dengan penemuan mayat seorang lelaki tanpa identiti pada pagi Ahad.
Namun begitu, menurut saksi berkenaan berita yang berlegar di dalam media sosial itu berita palsu.
BACA LAGI: [VIDEO] Ibu meraung tepi jalan lihat anak putus kaki motosikal kemalangan depan sekolah
Penduduk di kawasan Sungai Tiang, Kedah digemparkan dengan penemuan mayat seorang lelaki tanpa identiti pada pagi Ahad.
Melalui maklumat awal yang dikongsikan di aplikasi WhatsApp, mangsa dijumpai dalam keadaan terlentang di tepi jalan lokasi tersebut.
Kredit:WhatsApp Group pic.twitter.com/6ONhPE4myC
— Nadine Ardine (@MoMoT_Nadine) May 12, 2024
Melalui satu perkongsian audio suara, lelaki berkenaan memaklumkan individu tersebut tertidur dan tidak sedarkan diri dalam keadaan terlentang sehingga menyebabkan orang yang melalui kawasan tersebut membuat kesimpulan sendiri.
"Dia tidak mati tetapi mabuk. Mabuk sampai mulut ternganga sampai orang ingat dia mati.
"Keadaan menjadi lebih kecoh apabila polis datang ke lokasi kejadian.
"Bila aku datang nampak dia muntah dalam tong (baldi). Tak mati pun," katanya.
Individu tersebut sempat membuat lawak ekoran berita palsu itu tersebar secara meluas di media sosial.
"Orang mati hidup balik. Orang awam pun laju," katanya.
Sementara itu, hasil pemerhatian di media sosial, kejadian itu juga berlaku pada petang Sabtu.
Setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan daripada pihak berkuasa. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram