[VIDEO] Pelancong China maut ketika bergambar di gunung berapi Indonesia


  • Benua
  • Isnin, 22 Apr 2024

Seorang pelancong wanita berasal dari China maut selepas terjatuh dari puncak tebing di Gunung Ijen, Banyuwangi, Jawa Timur, Indonesia pada Sabtu. — Agensi

SEORANG pelancong wanita China maut selepas terjatuh dari puncak tebing dengan ketinggian sekitar 150 meter ketika bergambar di Taman Pelancongan Alam Gunung Ijen, Banyuwangi, Jawa Timur, Indonesia pada Sabtu.

Mangsa yang dikenali sebagai HL, 31, dilaporkan meninggal dunia selepas mengambil gambar di pinggir kawah bersama suaminya, 32.

Untuk rekod, Gunung Ijen adalah sebuah gunung berapi yang terletak di Banyuwangi.

Menurut keterangan beberapa saksi, pasangan suami isteri yang baru sahaja mendirikan rumah tangga itu melawat ke Gunung Ijen dengan bantuan pemandu pelancong bernama Guswanto.

Mereka berangkat bersama rombongan dari Paltuding menuju Gunung Ijen pada Sabtu kira-kira pukul 2.10 pagi.

BACA LAGI: [VIDEO] Misteri asap cincin atas gunung berapi paling aktif di Eropah cetus fenomena

BACA LAGI: 'Dah jadi trademark', sikap buang sampah sepanjang Lebuhraya KL-Gua Musang masih tak berubah

Mereka berdua kemudiannya mendaki Gunung Ijen sebelum turun ke laluan kawah bagi menyaksikan fenomena api biru di celah-celah dinding kawah tersebut.

Selepas menikmati pemandangan api biru itu, HL bersama kumpulannya naik semula ke tepi kawah untuk menyaksikan matahari terbit.

Setibanya di tepi kawah, mereka berhasrat mengabadikan momen matahari terbit dari Gunung Ijen dan bertindak mencari tempat yang sesuai untuk bergambar.

Selepas menemui lokasi terbaik, suami mangsa terlebih dahulu mengambil foto berlatarbelakangkan suasana matahari terbit.

Mangsa kemudian meminta bantuan suami dan Guswanto untuk mengambil gambarnya pada jarak dua hingga tiga meter dari tepi kawah.

Dia secara perlahan-lahan bergerak untuk mendekati objek berbentuk kayu di belakangnya hingga menyebabkan dirinya terjatuh dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Mayat mangsa akan dibawa pulang ke negaranya untuk urusan lanjut. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram