KPKT peruntuk RM4.58 juta tambah baik infrastruktur awam, sosioekonomi penduduk Gerik


  • Primer
  • Isnin, 22 Apr 2024

KPKT peruntuk RM4.58 juta kepada penduduk Gerik, Perak dalam usaha menambah baik infrastruktur awam dan sosioekonomi penduduk di kawasan tersebut. — Gambar hiasan

KEMENTERIAN Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan RM4.58 juta kepada penduduk Gerik, Perak dalam usaha menambah baik infrastruktur awam dan sosioekonomi penduduk di kawasan tersebut.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, peruntukan tersebut meliputi pelaksanaan 22 projek yang akan dilaksanakan Majlis Daerah Gerik (MDG) dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK).

Menurutnya, sebanyak RM1.7 juta (tujuh projek) disalurkan kepada MDG manakala RM2.88 juta (15 projek) disalurkan kepada JPKK di Daerah Lenggong, Gerik dan Pengkalan Hulu.

"Antara projek yang akan dilaksanakan termasuk menyelenggara dan membaik pulih Pasar Awam Gerik dan kerja-kerja pembaikan longkang lama berhampiran Gerai Makan MDG Kampung Baru Batu Dua.

"Selain itu, kerja-kerja menaik taraf satu unit kolam takungan di Skim Perumahan Taman Seri Kiara akan turut dijalankan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

BACA LAGI: Selesaikan masalah rakyat lebih efektif, 3 isu KPKT perlu beri fokus pada 2024

Deputy Speaker Nga Kor Ming

Kor Ming

BACA LAGI: KPKT cadang tubuh unit pantau kebersihan tandas awam

Kor Ming menambah, peruntukan yang diluluskan KPKT adalah belanjawan berasaskan prestasi atau 'performance-based budget'.

Ujar beliau, ia bagi memastikan perkhidmatan dan fokus kementerian dalam penambahbaikan infrastruktur awam di Daerah Gerik, Lenggong dan Pengkalan Hulu dapat

terus dipertingkat demi keselesaan dan kesejahteraan penduduk setempat," jelasnya.

"KPKT melalui Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) akan sentiasa bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara bagi merealisasikan perancangan pembangunan demi meningkatkan mutu perkhidmatan dan kesejahteraan rakyat," jelasnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram