'Dah jadi trademark', sikap buang sampah sepanjang Lebuhraya KL-Gua Musang masih tak berubah


  • Massa
  • Sabtu, 06 Apr 2024

Longgokan sampah di tepi semak sepanjang jalan di Lebuh Raya Kuala Lumpur menghala ke Gua Musang, Kelantan pada Jumaat. — Facebook

MESKIPUN Malaysia menjadi antara negara maju daripada sudut ekonomi dan pembangunannya, namun sikap sambil lewa masyarakat masih menjadi persoalan.

Ia selepas melihat keadaan kawasan jalan di Laluan Persekutuan Malaysia 8 yang lebih dikenali sebagai Lebuhraya Kuala Lumpur-Gua Musang, Kelantan yang dipenuhi dengan sampah dipercayai angkara perbuatan sesetengah individu tidak bertanggungjawab, khususnya setiap kali menjelang cuti perayaan.

Menerusi hantaran dimuat naik di Facebook Zack Yaakub pada Jumaat, situasi tersebut sememangnya memberi imej buruk kepada negara.

BACA LAGI: Hasrat selamatkan bapa tergelincir sungai tak kesampaian, lelaki lemas di Jalan Klang Lama

434850033_7762295770489023_8239090568953171179_n

Kawasan jalan dipenuhi dengan sampah. — Facebook

Beberapa gambar yang dikongsikannya itu memaparkan betapa rendahnya kesederan orang ramai terhadap kepentingan menjaga kebersihan sesuatu kawasan.

Turut dilihat sampah plastik makanan dan minuman dibuang secara merata di kawasan semak sepanjang jalan tersebut.

Susulan itu, pihak berkuasa dilihat membuang kesemua sampah sehingga kawasan itu bersih seperti sedia kala.

Hantaran tersebut juga menerima pelbagai kritikan dan persoalan warganet yang rata-ratanya tidak berpuas hati dengan keadaan itu.

BACA LAGI: MCMC rakam keterangan 4 individu sebar kandungan palsu penganjuran majlis tilawah al-Quran

434565652_7762296110488989_8965879637362617916_n

Gambar selepas dibersihkan oleh pihak berkuasa. — Facebook

Mengulas lanjut, seorang pengguna Twitter (X) @wentkt, perbuatan itu seolah-olah sudah sebati dalam diri masyarakat Malaysia.

"Teruk juga ni. Macam trademark kot buang sampah di sini," luahnya.

Namun, ada pula suara mengatakan bahawa ia berlaku disebabkan mentaliti segelintir rakyat Kelantan yang tidak dapat diubah.

"Aku duduk Kelantan dah dekat puluh tahun sebab kerja sini. Memang majoriti tempat atau kawasan rumah di Kelantan memang macam ini.

"Memang mentaliti macam tu dah jadi normalisasi. Nak cakap lebih-lebih takut kena sumpah," komen @YuiYunzArtist.

Sementara itu, orang ramai turut disarankan agar mengambil perkara tersebut sebagai pengajaran serta dapat menerapkan lagi budaya membuang sampah di dalam tong sampah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram