[VIDEO] Dah anggap macam keluarga, instafamous terkejut tengok CCTV anak kena dera pengasuh


  • Benua
  • Sabtu, 30 Mac 2024

Kanak-kanak itu mengalami kecederaan pada kepala, mata dan telinga selepas didera seorang pengasuh wanita. — Instagram/emyaghnia

ANAK kepada seorang selebriti Instagram berasal dari Malang, Jawa Timur, Indonesia mengalami kecederaan pada kepala, mata dan telinga selepas didakwa didera seorang pengasuh wanita.

Hal itu didedahkan sendiri oleh ibu kanak-kanak berkenaan, Emy Aghnia menerusi perkongsian beberapa gambar keadaan terkini anaknya yang dikenali sebagai Jana.

Emy dalam pada itu turut berkongsi klip rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan perbuatan kejam pengasuh itu terhadap Jana di dalam sebuah bilik.

"Pengasuh biadap, tak berhati perut!" katanya menerusi hantaran di Instagram pada Jumaat.

Berdasarkan gambar yang dimuat naik, selain mata lebam, terdapat juga bekas luka kemerah-merahan pada cuping telinganya.

BACA LAGI: Hajat balik raya tak kesampaian, 2 pelajar Malaysia maut nahas di New Zealand

BACA LAGI: Ada yang 'tak termakan' kisah sedih Datuk Red, polis siasat dakwaan scam jual beli tanah

Emy kemudian menceritakan kronologi kejadian menimpa anak kecilnya yang berusia empat tahun itu.

Ujarnya, dia sama sekali tidak menyangka perkara sedemikian akan berlaku ke atas anaknya, apatah lagi wanita tersebut sudah dianggap seperti keluarga sendiri.

Dia turut menegaskan bahawa tidak pernah timbul sebarang isu melibatkan dirinya dan pengasuh tersebut.

"Saya ambil (pengasuh itu) dari sebuah yayasan terkenal di Surabaya, malah seluruh Indonesia tahu tentang yayasan berkenaan, tapi saya tidak akan sebut namanya di sini," jelasnya.

indonesi

Pihak polis menahan suspek untuk siasatan selanjutnya. — Agensi

Emy memaklumkan, laporan polis sudah dibuat dan Polis Malang sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kes terbabit.

"Saya harap kes ini dapat diselesaikan dengan segera dan pelaku dapat menerima hukuman setimpal atas perbuatannya," luahnya.

Sementara itu, Unit Siasatan Jenayah Polis Kota Malang memaklumkan, pengasuh berkenaan dipercayai bertindak sedemikian gara-gara terlalu geram dengan kanak-kanak tersebut yang enggan disapu ubat untuk menghilangkan parut di badannya.

"Suspek mengakui berasa jengkel dengan mangsa yang tidak mahu mengikut arahannya," katanya pada Sabtu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram