SEORANG remaja perempuan dikejarkan ke hospital selepas terkena serpihan besar panel alat permainan yang tercabut di sebuah tapak pesta (fun fair) pada 27 Mac lalu.
Insiden yang berlaku di Exton Park di University of Chester, bandar Chester, United Kingdom itu melibatkan seorang pelajar tahun pertama dalam pengajian sejarah dan politik di universiti berkenaan.
Kejadian itu berlaku selepas alat permainan dengan nama Superstar Ride yang sedang bergerak dengan laju itu tiba-tiba gagal berfungsi dengan baik hingga menyebabkan pelajar berkenaan mengalami kecederaan.
BACA LAGI: [VIDEO] Roller coaster tergolek dari landasan, ramai persoal tahap keselamatan 'fun fair' di Raub
BACA LAGI: [VIDEO] Bukan kejadian pertama, 2 pengunjung cedera di kepala tercampak dari 'sotong ride' di Likas
Mangsa, Caitlin kemudian dibawa ke Countess of Chester Hospital dengan menaiki sebuah ambulans.
Setelah menjalani imbasan tomografi berkomputer (CT), pihak hospital memaklumkan mangsa mengalami gegaran otak dan akan mengambil masa beberapa minggu untuk pulih.
Ibu mangsa, Mandy Hancock dalam pada itu mengakui terkejut dan menangis selepas menyaksikan sendiri rakaman kejadian.
“Saya menangis melihat video tersebut, sangat-sangat menakutkan hingga menyebabkan saya mengalami mimpi ngeri.
"Penglihatan anak saya juga mulai kabur dan sakit kepalanya semakin teruk, dia akan menjadi pening apabila berdiri," ujarnya yang menjaga Caitlin sepanjang anaknya mendapatkan rawatan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram