TANGGAL 15 Ogos 2021 menyaksikan tumpuan seluruh dunia tertumpu ke arah Afghanistan.
Mana tidaknya, selepas lebih 20 tahun, negara berkenaan menyaksikan kembalinya pentadbiran Taliban yang sebelum itu digulingkan tentera pakatan diterajui Amerika Syarikat (AS) pada 2001.
Presiden Afghanistan, Ashraf Ghani pada ketika itu juga mengumumkan kemenangan Taliban apabila kumpulan berkenaan berjaya memasuki Kabul, yang merupakan wilayah pentadbiran negara tersebut.
Proses pertukaran kerajaan terbabit menyaksikan keadaan huru-hara yang berlaku di negara berkenaan apabila Taliban berjaya melancarkan serangan kilat yang hanya mengambil masa 10 hari untuk menguasai bandar-bandar utama termasuk Kabul selepas AS mengumumkan pengundurannya.
BACA LAGI: Kurang sebulan tarikh tamat pendaftaran, ada lagi langsung tak tahu pasal PADU
Bekas Presiden Afghanistan, Ashraf Ghani. — Reuters
Presiden AS sebelum itu mengumumkan bahawa proses pengunduran kesemua askarnya yang ditempatkan di negara tersebut berlaku secara berperingkat sehingga 31 Ogos.
Peralihan mengejut kuasa pentadbiran di Afghanistan turut dirasai pemimpin negara itu yang pro-AS.
Malah bagi mengelak menjadi mangsa balas dendam atau diburu, ada pemimpin Afghanistan pro-AS dilaporkan terpaksa meninggalkan negara tersebut dalam keadaan cemas dan tergesa-gesa ekoran kemaraan pantas Taliban.
Situasi itu turut menyebabkan ada antara mereka tidak sempat untuk membawa kesemua harta benda dimiliki termasuk barangan mewah yang disimpan di rumah agam masing-masing yang kemudiannya diserbu tentera Taliban.
Serbuan dilakukan kumpulan berkenaan turut menyaksikan penemuan pelbagai barangan mewah termasuk kereta dan jam tangan mewah ernilai jutaan ringgit.
Insiden tersebut turut dirakam menerusi beberapa video yang tersebar di sosial media memaparkan beberapa anggota tentera Taliban yang memperagakan harta benda yang dirampas daripada kediaman berkenaan.
Dalam pada itu, kejadian itu kembali menjadi perbincangan di media sosial selepas tular semula satu video memaparkan beberapa anggota Taliban dilihat memakai jam tangan mewah bernilai jutaan ringgit.
BACA LAGI: [VIDEO] Pegawai kanan datuk bandar mati kena tembak depan rumah ketika nak hantar cucu pergi sekolah
Antara tentera Taliban yang mengenakan jam tangan mewah dipercayai diperolehi dari kediaman seorang bekas panglima perang pro-AS di wilayah Panjshir.
Di dalam klip berkenaan, anggota tentera berkenaan yang menyarung pakaian tradisional di negara tersebut didapati mengenakan jam mahal berkenaan sambil memegang senjata api.
Difahamkan, kesemua jam tangan mewah terbabit ditemui semasa mereka menyerbu kediaman seorang pemimpin panglima perang yang mendapat sokongan AS di wilayah Panjshir negara tersebut selepas kemenangan kumpulan terbabit pada 15 Ogos 2021.
Patek Philippe and other expensive watches recovered by Taliban from the house a former American backed warlord in Panjsher province after the victory of Taliban on August 15th, 2021. pic.twitter.com/KLtKP7ETy1
— Abdullah Ibrahim | عبدالله ابراهیم (@iAbdIbrahim) March 9, 2024
Antara jam tangan mahal yang dilihat dipakai oleh tentera terbabit ialah jenis Patek Philippe Nautilus edisi terhad rekaan berwarna perak dan biru muda.
Hasil carian di internet mendapati jam harga jualan jam berkenaan mencecah RM9.4 juta.
Di dalam klip berkenaan, sekurang-kurangnya terdapat tiga anggota tentera Taliban yang didapati memakai jenis jam berkenaan.
Keaslian jam mewah yang dipaparkan dalam video tersebut bagaimanapun tidak dapat dipastikan.
Untuk rekod, Taliban pernah menguasai Afghanistan dari tahun 1996 sebelum ditumbangkan AS pada 2001. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram