[VIDEO] Buat lawak bodoh mahu letup pesawat sampai tentera kerah jet pejuang, remaja terlepas denda RM600,000


  • Benua
  • Khamis, 15 Feb 2024

Maklumat perbualan antara Aditya dan rakannya dipintas ejen perisikan British yang kemudiannya menghantar jet pejuang, Eurofighter untuk mengiringi pesawat berkenaan. — Agensi

GURAUAN seorang remaja untuk meletupkan pesawat di platform perbualan dalam talian, Snapchat bersama rakannya mencetuskan kegemparan selepas pesanan tersebut berjaya dipintas oleh agensi perisikan Britain.

Dalam insiden berlaku sekitar Julai 2022, Aditya Verma, 18 menghantar mesej berkenaan sebelum berlepas dalam satu penerbangan dari lapangan terbang Gatwick, London, United Kingdom.

"Dalam perjalanan untuk meletupkan pesawat, saya adalah ahli Taliban," tulis Aditya menerusi pesanan di platform perbualan berkenaan yang terdiri daripada enam rakannya.

Disebabkan pesanan tersebut dihantar menggunakan talian WiFi di lapangan terbang terbabit, maklumat berkenaan turut dipintas ejen perisikan British yang kemudiannya memaklumkan hal itu kepada tentera Sepanyol.

Sepanyol selepas itu segera mengerahkan jet pejuang, Eurofighter untuk mengiringi pesawat penumpang berkenaan.

Rakaman kehadiran jet pejuang tersebut juga direkodkan oleh penumpang pesawat terbabit yang sepatutnya melakukan perjalanan ke pulau Menorca, Sepanyol.

Dalam insiden berkenaan, polis bagaimanapun tidak menemui sebarang bahan letupan atau senjata dengan remaja yang merupakan warganegara British itu terus ditangkap pihak polis sebaik kapal terbang berkenaan mendarat.

Aditya seterusnya didakwa di mahkamah kerana mencetuskan kegusaran awam akibat perbuatannya yang melakukan jenaka untuk meletupkan pesawat berkenaan.

BACA LAGI: [VIDEO] Pura-pura pengsan lepas cuba tumbuk penjenayah berpistol, lelaki dikecam menyorok belakang kekasih

WhatsApp Image 2024-02-15 at 9.17.01 PM

Aditya Verma. — Agensi

BACA LAGI: [VIDEO] Polis siasat pertengkaran 3 segi, punca 4 pelajar cedera kena tembak lepas habis sekolah

Bagaimanapun, Mahkamah di Sepanyol pada 25 Januari lalu membebaskan Aditya daripada semua pertuduhan dalam kes tersebut.

Ketika perbicaraan, Aditya yang lahir di India memberitahu mahkamah bahawa pesanan tersebut dibuat dengan mengambil kira konteks perbualan tersebut yang sebelum itu turut secara berjenaka menyentuh mengenai ciri dan warna kulitnya.

Hakim Jose Manuel Fernandez Prieto kemudiannya memutuskan bahawa pesanan itu bukan satu kesalahan kerana ia dibuat dalam "persekitaran yang sangat peribadi" dan Verma tidak boleh mengetahui bahawa mesej berkenaan boleh dipintas.

Perbicaraan yang berlangsung itu juga tidak menjelaskan mengenai bagaimana perkhidmatan British berjaya mendapat akses kepada mesej peribadi Aditya bersama rakannya.

Pendakwa raya sebelum itu meminta supaya denda sebanyak 22,500 euro atau RM115,563 dikenakan ke atas Aditya dengan tertuduh perlu membayar 94,800 euro (RM486,907) sebagai ganti rugi kepada kementerian pertahanan Sepanyol untuk kos penghantaran jet pejuang itu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram