[VIDEO] Majlis perkahwinan bertukar tragedi, lelaki maut tertembak diri sendiri


  • Benua
  • Khamis, 16 Nov 2023

Tangkap layar memaparkan seorang lelaki maut ekoran tertembak diri sendiri di kepala. — Agensi

TULAR satu video memaparkan seorang lelaki maut ekoran tertembak diri sendiri dalam satu kejadian di luar negara baru-baru ini.

Melalui video yang ditularkan di laman Telegram Info Semasa, mangsa tersebut sedang memegang selaras senapang jenis Avtomat Kalashnikova 1947 (AK-47).

Pada masa sama dia juga dilihat sedang cuba membetulkan senjatanya yang mengalami masalah teknikal sebelum nasib malang menimpa selepas mangsa tertembak dirinya sendiri.

Hasil pemeriksaan Majoriti terhadap video itu mendapati kejadian tersebut berlaku di Pakistan pada tahun 2019.

Memetik laporan media antarabangsa, The Express Tribune, insiden itu berlaku di wilayah Abbottabad.

Lebih malang lagi, mangsa tertembak diri sendiri pada sebuah majlis perkahwinan ahli keluarganya.

"Mangsa dipindahkan ke Hospital Pengajaran Ayub tetapi meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami," lapor agensi berita itu.

Lelaki terbabit yang mengalami kecederaan serius meninggal dunia di tempat kejadian.

Di beberapa negara seperti Pakistan dan India, adalah menjadi tradisi untuk melepaskan tembakan ke udara ketika majlis perkahwinan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram