[VIDEO] Pegawai kanan datuk bandar mati kena tembak depan rumah ketika nak hantar cucu pergi sekolah


  • Benua
  • Sabtu, 09 Mac 2024

Tangkap layar video rakaman kejadian rompakan berkenaan yang meragut nyawa Jhon pada Khamis lalu.

HASRAT seorang datuk untuk menghantar cucu ke sekolah tidak kesampaian selepas dia terbunuh dalam satu insiden cubaan rompakan yang berlaku di hadapan rumahnya di bandar Anserma, Colombia pada Khamis.

Dalam insiden tersebut, Jhon Freddy Arce, 44, yang juga seorang pegawai kanan di pejabat datuk bandar ditembak mati di depan mata cucunya sendiri yang ketika itu sudah bersedia untuk ke sekolah pada waktu pagi.

Kejadian berkenaan dirakam oleh kamera keselamatan di hadapan rumah mangsa.

Berdasarkan klip tersebut, Jhon dilihat baru sahaja hendak bergerak dengan menaiki motosikal bersama cucunya di hadapan pintu rumah.

Bagaimanapun, pada masa sama, sebuah kenderaan didapati berhenti secara tiba-tiba dengan tiga lelaki kemudiannya keluar dan menyerang ke arah mangsa.

BACA LAGI: Jatuh ketika ikat balak belakang lori, pemandu maut digilis jentera berat di Jerantut

WhatsApp Image 2024-03-09 at 10.55.31 AM

Jhon baru sahaja hendak bergerak menghantar cucunya ke sekolah ketika dihampiri oleh tiga lelaki yang mahu melakukan cubaan merompak di hadapan rumahnya.

Pada waktu tersebut, Jhon dilihat sudah memakai helmet manakala cucu perempuannya juga baru sahaja menaiki motosikal berkenaan di bahagian belakang.

Susulan daripada kehadiran individu tidak dikenali itu, mangsa seterusnya dilihat cuba mempertahankan diri dan turun dari kenderaannya.

Pada masa sama, Jhon menerusi video berkenaan didapati turut cuba untuk meminta bantuan daripada sebuah kenderaan yang melintasi lokasi kejadian.

Situasi tersebut menyebabkan ketiga-tiga lelaki berkenaan bertindak agresif dan mula menyerangnya sehingga terjatuh.

Salah seorang daripada suspek kemudiannya juga mengeluarkan pistol dan terus menembak Jhon di kepala menyebabkan mangsa terus meninggal dunia.

Kejadian tragis itu berlaku betul-betul di hadapan cucu perempuannya yang berada tidak sampai beberapa meter daripada mangsa ketika tembakan dilepaskan.

Difahamkan, kumpulan penjenayah berkenaan cuba merompak sejumlah besar wang tunai yang ketika itu dipercayai dibawa mangsa.

BACA LAGI: 'Satu kapal boleh boleh lahir sampai 4 jutawan', kerajaan didesak rombak prosedur pengambilan pekerja asing

GIFY6EsW4AAoncP

Polis berjaya menahan empat suspek yang dipercayai terbabit dalam insiden berkenaan. — Agensi

Ekoran daripada kejadian tersebut, pihak berkuasa tempatan segera memberkas empat lelaki dengan salah seorang daripadanya adalah individu bawah umur yang dipercayai terlibat dalam insiden berkenaan.

Sementara itu, dua lagi individu daripada kumpulan berkenaan dilaporkan masih belum dikesan selepas melarikan diri dengan kereta curi.

Turut dirampas semasa tangkapan adalah satu senjata api dan kenderaan dipercayai digunakan semasa kejadian.

Selain bertugas di pejabat pentadbiran perbandaran, mangsa dilaporkan turut memiliki perniagaan kedai makanan yang popular di bandar berkenaan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram