SEORANG juruterbang berjaya menyelamatkan nyawa tiga penumpangnya selepas mengalami kegagalan enjin ketika mengendalikan sebuah helikopter.
Menurut media antarabangsa, helikopter tersebut dilaporkan terhempas di Pantai Honopu, Hawaii pada 7 Februari lalu.
Kejadian itu bagaimanapun sempat dirakam oleh juruterbang sebelum dikongsikan di media sosial baru-baru ini.
Berdasarkan klip berdurasi 36 saat itu, rakaman pada awalnya hanya menunjukkan landskap pantai dan gunung-ganang yang menakjubkan dari sudut atas sebelum pesawat udara berkenaan tiba-tiba hilang kawalan.
BACA LAGI: [VIDEO] Tak sempat hantar bekalan ayam, pemandu dan kelindan maut di Laluan Gopeng-Simpang Pulai
Ia dipercayai berlaku disebabkan kegagalan enjin sewaktu penerbangan tersebut.
Meskipun dalam keadaan genting, juruterbang tersebut dilihat kekal tenang dalam menguruskan situasi mencabar itu.
Rakaman menunjukkan helikopter itu berjaya dibawa ke arah pantai berhampiran untuk melakukan pendaratan cemas.
Helikopter itu berjaya dibawa ke arah pantai berhampiran untuk melakukan pendaratan cemas. — Agensi
Keempat-empat individu yang berada di dalam helikopter itu dilaporkan selamat dan hanya seorang penumpang mengalami kecederaan.
Mangsa kesemuanya dibawa ke Lapangan Terbang Princeville untuk mendapatkan rawatan daripada pihak American Medical Response. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram