[VIDEO] Tak dapat tampung beban mesin 'leg press', abang sado meraung kaki patah terpusing belakang


  • Benua
  • Jumaat, 08 Mac 2024

Tangkap layar menunjukkan keadaan Ambrish ketika kecelakaan tersebut berlaku. — Agensi

KECEDERAAN ketika bersenam boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, sama ada anda seorang atlet mahupun individu yang jarang bersukan.

Tahun lalu menyaksikan seorang ahli bina badan berasal dari Indonesia, Justyn Vicky maut selepas mengalami kemalangan di sebuah gimnasium di Bali pada 15 Julai 2023.

Namun tahukah anda, satu lagi insiden ngeri pernah menimpa seorang lelaki di sebuah pusat gimnasium terletak di Pehalvaan dekat bandar Vadodara, India pada tahun 2017?

Video kejadian berjaya dirakam oleh rakaman kamera litar tertutup (CCTV) premis berkenaan dan ditularkan semula di media sosial baru-baru ini.

BACA LAGI: [VIDEO] Tak sempat hantar bekalan ayam, pemandu dan kelindan maut di Laluan Gopeng-Simpang Pulai

BACA LAGI: Budak 12 tahun ditemui maut terlentang atas rumput selepas terjatuh dari tingkat 14 Flat Sri Sabah

Klip berdurasi 39 saat itu memaparkan seorang lelaki sedang melakukan senaman menguatkan otot kuadrisep menggunakan mesin tekan kaki (leg press) sebelum kaki kirinya tiba-tiba tidak dapat menampung beban mesin berkenaan.

Lelaki yang dikenali sebagai Ambrish Patel itu kemudian hanya mampu terbaring di lantai sambil mengerang kesakitan, sebelum dibantu oleh pekerja yang berada di situ.

Bagaimanapun, menurut salah seorang pekerja di gimnasium tersebut, Ambrish bukanlah ahli baharu, sebaliknya dia sudah biasa bersenam di premis itu.

Dia yang mengalami patah tulang di lutut difahamkan mengambil masa selama enam bulan untuk kembali pulih sepenuhnya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram