Pemandu lori tolak kekasih dari tingkat 23 kondo di Setia Alam berdepan tali gantung


Mangsa ditolak dari tingkat 23 dan jatuh ke tingkat tujuh di kondominium tersebut oleh teman lelakinya pada minggu lalu.

SEORANG pemandu lori yang ditahan kerana menolak kekasihnya dari tingkat 23 sebuah kondominium di Setia Alam, Selangor minggu lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret pada Jumaat.

Tertuduh, V Nathan, 37, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dikemukakan di hadapan Majistret, Sasha Diana Sabtu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan dalam prosiding itu susulan kes bunuh tersebut di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mangsa didakwa membunuh seorang wanita warga Thailand, Mawika Laumyai, 32, di sebuah kondominium di Setia Alam kira-kira pukul 10.02 malam pada 28 Februari lalu.

BACA LAGI: [VIDEO] Penduduk trauma dengar bunyi 'klepak', wanita maut dipercayai ditolak kekasih dari tingkat 23 kondominium di Setia Alam

BACA LAGI:' Lebih sihat dengan PERKESO!', Kempen Tolak Gula tingkat kesedaran ramai tentang CKD

Nathan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak melebihi 40 tahun dan jika tidak dikenakan hukuman mati boleh dikenakan 12 sebatan jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Farah Sofea Norazman dan tertuduh diwakili Peguam P. Aravind Raj, manakala sebutan semula kes ditetapkan pada 7 Jun depan.

Majoriti sebelum ini melaporkan penduduk di sebuah kondominium dekat Setia Alam, Selangor trauma selepas melihat pergaduhan dipercayai melibatkan sepasang kekasih berakhir dengan tragedi ngeri

Melalui video yang dimuat naik, dipercayai berlaku pertengkaran melibatkan pasangan berkenaan sebelum mangsa disyaki ditolak ke bawah.

Lebih mengerikan, turut kedengaran suara wanita itu menjerit ketakutan sewaktu pertelingkahan tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram