PENDUDUK di Flat Sri Sabah, Cheras, Kuala Lumpur digemparkan dengan kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun dipercayai selepas terjatuh dari tingkat 14, blok 56 kediaman itu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Ridzuan Khalid berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian tersebut pada pukul 1.52 petang.
“Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa dalam keadaan terlentang dan tidak sedarkan diri di atas rumput di bawah blok bangunan flat tersebut.
BACA LAGI: [VIDEO] Tak sempat hantar bekalan ayam, pemandu dan kelindan maut di Laluan Gopeng-Simpang Pulai
“Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Ridzuan memaklumkan, siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah ditemui dalam insiden yang berlaku.
“Siasatan lanjut akan diteruskan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” ujarnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram