[VIDEO] Tembak berkali-kali, lelaki bertopi siap 'reload' pistol nekad habiskan riwayat remaja 16 tahun


  • Benua
  • Isnin, 12 Feb 2024

Tangkap layar video memaparkan seorang remaja ditembak di sebuah kedai gunting rambut di kejiranan Gravata, Camacari, Brazil pada Jumaat lalu.

SEORANG remaja lelaki maut selepas ditembak berkali-kali oleh suspek yang menggunakan sepucuk pistol dipercayai jenis revolver dalam kejadian di sebuah kedai gunting rambut di kejiranan Gravata, Camacari, Brazil pada Jumaat lalu.

Video kejadian berjaya dirakam menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) premis berkenaan.

Menerusi rakaman itu, suspek dilihat secara tiba-tiba meluru masuk ke kedai tersebut dan menembak mangsa, James Gabriel Leao Conceicao, 16, secara berkali-kali.

Sementara beberapa individu lain dilihat berlari menyelamatkan diri dalam keadaan ketakutan.

BACA LAGI: Kes tembak mati di Kuching, polis sahkan suspek memandu secara berbahaya

BACA LAGI:[VIDEO] Lelaki maut lepas berbalas tembakan dengan polis di Puchong Prima ada 14 rekod jenayah

Meskipun mangsa sudah terkulai dan tidak sedarkan diri, suspek masih bertindak menambah peluru pistolnya sebelum kembali melepaskan tembakan terhadap remaja berkenaan.

Dalam pada itu, seorang warga emas yang berada di lokasi kejadian turut mengalami kecederaan di kaki dan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Polis Homisid dan Perlindungan Peribadi (DHPP) telah memulakan siasatan untuk menyiasat motif di sebalik jenayah kejam itu.

Ketika ini, pelbagai hipotesis sedang dipertimbangkan, termasuk kemungkinan remaja tersebut terlibat dalam kegiatan kumpulan gengster yang menjadi motif jenayah berkenaan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram