[VIDEO] Hadiah hari jadi paling trauma, kekasih terkulai dalam dakapan kena 'headshot' depan mata


  • Benua
  • Sabtu, 10 Feb 2024

Tangkap layar rakaman CCTV memaparkan kejadian pembunuhan tersebut yang berlaku pada Rabu lepas.

SEORANG lelaki maut selepas ditembak di kepala ketika sedang menikmati makan malam bagi menyambut hari jadi teman wanitanya dalam kejadian di sebuah restoran dekat Paraná, Brazil pada Rabu lepas.

Kejadian mengejutkan itu turut dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi berkenaan.

Berdasarkan klip tersebut, lelaki berusia 26 tahun itu dilihat sedang duduk makan bersama kekasihnya di barisan meja paling luar premis terbabit.

Bagaimanapun, seorang individu dipercayai pembunuh upahan dengan berpakaian penutup kepala kemudiannya dilihat secara tiba-tiba meluru masuk ke kawasan pekarangan restoran dan menghampiri mangsa dari arah belakang.

Sebaik tiba betul-betul di belakang mangsa, suspek segera melepaskan beberapa tembakan ke arah kepala lelaki berkenaan.

BACA LAGI: [VIDEO] Ajal berbasikal, budak lelaki maut digilis lori di Telok Gong

BACA LAGI: [VIDEO] Macam 'WWE', pencuri motosikal tergamam kena hempuk 'owner' di Sabah

Teman wanitanya yang duduk betul-betul di sebelah dilihat terkejut dan terus berdiri menjauhkan diri dari meja.

Beberapa pelanggan yang makan di meja berdekatan didapati turut berada dalam ketakutan sambil cuba untuk menyelamatkan diri.

Suspek kemudiannya terus beredar daripada lokasi sebaik membunuh mangsa.

Dalam pada itu, wanita malang tersebut dilihat hanya mampu menghampiri dan memeluk mangsa yang dipercayai sudah maut dan terkulai duduk di atas kerusinya.

Difahamkan, motif pembunuhan mempunyai kaitan dengan kegiatan dadah memandangkan lelaki terbabit mempunyai rekod melakukan kesalahan menyeludup bahan terlarang berkenaan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram