[VIDEO] Sang bedal Kinabatangan enggan lepaskan mangsa baham, polis terpaksa lepas 12 das tembakan bertubi-tubi


  • 112
  • Khamis, 08 Feb 2024

Tangkap layar video memaparkan ahli keluarga mangsa yang dibaham seekor buaya di Sabah pada Khamis.

POLIS terpaksa melepaskan sebanyak 12 das tembakan sebagai cara untuk menyelamatkan seorang mangsa yang dibaham seekor buaya di Ladang Limddale, Kampung Paris 2, Kinabatangan, Sabah pada Khamis.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam satu kenyataan berkata, hanya kaki kiri mangsa yang ditemui.

"Mayat mangsa ditemukan oleh pasukan penyelamat pada pukul 5.45 petang di dalam mulut buaya. Pihak polis melepaskan 12 das tembakan sehingga buaya berkenaan melepaskan mangsa.

"Namun, hanya kaki mangsa dijumpai. Tindakan pengecaman mangsa dilakukan oleh ahli keluarganya," katanya.

BACA LAGI : Tidak sampai 4 hari, seekor lagi buaya ditembak mati di Lahad Datu

BACA LAGI : Tiga kali terlepas, buaya gergasi akhirnya mati dengan 7 das tembakan di Lahad Dat

Menurut kenyataan itu, mangsa merupakan seorang lelaki warga Indonesia yang dikenali sebagai Roberto Martinus, 48, dilaporkan hilang kira-kira pukul 6.40 pagi Rabu dan dikhuatiri dibaham buaya ketika memancing di berhampiran sungai di ladang tersebut.

"Seramai tiga anggota polis, tiga staf Jabatan Hidupan Liar dan 35 orang awam turut menyertai operasi mencari mangsa," katanya lagi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram