[VIDEO] Disangka putus kepala, lelaki rupanya masih hidup lepas terkena renjatan elektrik


  • Benua
  • Isnin, 12 Feb 2024

Tangkap layar kejadian dua lelaki terkena renjatan elektrik ketika cuba melepasi sebuah kontena kargo di Sungai Tonusco, Colombia yang tular sejak Isnin.

DUA lelaki mengalami kecederaan parah setelah terkena renjatan elektrik ketika cuba melepasi sebuah kontena kargo di Sungai Tonusco, Colombia.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku pada Disember 2023, namun ditularkan semula di media sosial sejak Isnin.

Berdasarkan maklumat awal, difahamkan salah seorang daripada mangsa cuba mengalihkan kabel daripada kontena supaya objek itu boleh bergerak menyeberangi sungai.

Seorang lagi mangsa pada masa sama cuba membantunya dari bawah sebelum dia memutuskan untuk memanjat tangga ke bahagian atas kontena.

BACA LAGI: Penggunaan kamera badan mampu pulih kepercayaan rakyat terhadap polis

BACA LAGI: Tak sempat lepaskan tiang punca 2 maut terkena renjatan elektrik ketika pasang kabel fiber optik di Sabah

Sejurus selepas itu kedua-dua mangsa dilihat terkena renjatan elektrik hingga menyebabkan mereka cedera parah.

Mangsa kemudian dibawa ke hospital berdekatan, namun dikejarkan ke ibu negeri, Antioquia untuk rawatan lanjut.

Menurut pihak konsortium yang bertanggungjawab terhadap kerja-kerja menyelenggara jalan tersebut, kedua-dua lelaki berkenaan tidak terlibat dalam urusan mengendalikan tugas berbahaya itu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram