SEORANG barista wanita pastinya masih belum dapat melupakan detik hitam yang pernah berlaku dalam hidup apabila dirinya hampir diculik sewaktu bertugas di bahagian pandu lalu di sebuah kedai kopi.
Kejadian di kedai kopi terletak di blok 2200 Auburn Way di Auburn, Washington, Amerika Syarikat (AS) itu berlaku pada awal Januari tahun lalu.
Berdasarkan satu video tular, selepas membuat transaksi pembayaran di tingkap pandu lalu premis tersebut, lelaki dengan tatu di lengan bertulis Chevrolet itu dilihat secara tiba-tiba cuba menarik tangan barista yang dipercayai hanya mengenakan bikini ketika bekerja di kedai kopi terbabit.
BACA LAGI: [VIDEO] DBKL ‘sapu habis’, food truck sampai tergantung kena angkut di Bandar Sri Permaisuri
BACA LAGI: [VIDEO] Disyaki dera bayi syurga, 2 pengasuh muda taska di Semenyih dicekup
Bagaimanapun, nasib menyebelahi barista berkenaan apabila dirinya berjaya menyelamatkan diri daripada diculik oleh lelaki tersebut.
Wanita itu dilihat bertindak pantas dengan menarik kembali tangannya ke dalam sebelum segera menutup tingkap tersebut.
Meskipun berjaya melarikan diri pada hari kejadian, suspek yang dikenali sebagai Matthew Darnell, 40, berjaya diberkas pihak berkuasa keesokan harinya.
Pendakwa raya dilaporkan memfailkan pertuduhan cubaan menculik terhadap Matthew, sebelum suspek mengaku bersalah atas tuduhan gangguan jenayah.
Hasil siasatan lanjut polis juga mendapati suspek berpura-pura untuk menukar duit kecil sebelum cuba menculik mangsa, selain rumahnya juga hanya terletak beberapa blok dari kedai kopi terbabit. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram