[VIDEO] Cuma bergesel, driver Mitsubishi Lancer no plat Singapura siap hayun kayu golf marah-marah tengah highway


  • Tular
  • Sabtu, 10 Feb 2024

Tangkap layar video memaparkan sekumpulan individu yang bergaduh di PLUS berdekatan Pagoh, Johor pada Sabtu.

TINDAKAN sekumpulan individu yang bergaduh di sebuah lebuh raya mengundang kecaman warga maya baru-baru ini.

Melalui video yang dimuat naik di media sosial pada Sabtu memaparkan dua buah kenderaan berhenti di bahagian tepi lebuh raya tersebut.

Difahamkan, pergaduhan itu pada mulanya berpunca daripada kemalangan yang melibatkan dua buah kereta dan salah satunya dipercayai milik warga Singapura berdasarkan nombor pendaftaran yang digunakan kenderaan jenis Mitsubishi Lancer tersebut.

Bagaimanapun, lokasi sebenar kejadian masih belum dapat dikenal pasti.

Berdasarkan video yang dikongsikan, seorang lelaki tempatan baju putih dilihat menjerit ke arah pemandu Singapura tersebut sebelum kenderaan itu beredar dari tempat kejadian.

BACA LAGI: [VIDEO] Brek rosak dipercayai punca lori sodok kereta di lampu isyarat di SUKE

BACA LAGI: [VIDEO] Enjin kereta masih 'problem' baiki sampai RM8,000, pomen siap ugut pelanggan buat repot polis

Namun kejadian menjadi semakin tegang apabila pemandu Singapura terbabit hampir melanggar lelaki tersebut yang terus memukul cermin kenderaannya.

Pemandu Singapura itu memberhentikan kenderaannya dan keluar dengan membawa sesuatu dipercayai kayu golf.

Dia kemudiannya bertindak memecahkan cermin belakang sebuah kenderaan dipercayai milik lelaki berkenaan menggunakan kayu golf terbabit.

Takut melihat keadaan menjadi semakin tidak terkawal, orang awam yang merakam kejadian tersebut terus meninggalkan lokasi kejadian.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengeluarkan komen tidak berpuas hati dengan perbuatan pemandu berkenaan yang tak ubah seperti gengster.

"Berlagak samseng seberang Tambak, benda boleh bincang baik-baik," kata Umaihaiza.

"Datang Malaysia acah gengster Singapura ni," tulis zainal.zul.7

"Selalu sangat tengok pemandu dari Singapura ni berlagak samseng bila datang ke Malaysia. Ingat kita ni tidak ada undang-undang ke?" soal Kartini94.

Dalam pada itu, polis mengesahkan video tular memaparkan pergaduhan membabitkan pengguna jalan raya terlaku di Kilometer 139.6 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), dekat Pagoh pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, pihaknya turut menerima satu laporan polis mengenai kejadian yang berlaku kira-kira pukul 1.58 petang.

Beliau berkata, kejadian itu dipercayai membabitkan warga asing dengan rakyat tempatan, dengan satu video berdurasi 54 saat turut dikesan yang dimuat naik di media sosial berhubung pergaduhan terbabit.

"Setakat ini, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Pagoh mengenai insiden itu.

"Polis akan mengeluarkan kenyataan media sebaik fakta lengkap diperoleh," katanya melalui kenyataan pada Sabtu. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram