DUA remaja lelaki dijatuhi hukuman penjara atas kesalahan membunuh seorang remaja berusia 16 tahun berasal dari United Kingdom (UK) pada Jun 2022.
Mangsa, Ronan Kanda diserang sebelum ditikam oleh Prabjeet Veadhesa dan Sukhman Shergill masing-masing berusia 17 tahun sewaktu berjalan pulang dari rumah rakannya selepas membeli alat kawalan (controller) permainan video PlayStation di Wolverhampton.
Dalam kejadian yang berlaku cuma selang beberapa meter dari rumahnya, Ronan yang baru sahaja menamatkan peperiksaan Sijil Umum Pendidikan Menengah (GCSE) dilaporkan ditikam sebanyak dua kali.
Pisau tersebut menusuk jantungnya dan menyebabkan dia maut di tempat kejadian. Dia dilaporkan tidak menyedari diserang kedua-dua suspek kerana sedang mendengar muzik menggunakan fon kepala.
BACA LAGI: Warga asing lunyai dipukul, dihentak 3 lelaki di Ipoh, Perak
BACA LAGI: [VIDEO] Warga asing ada rekod jenayah ganggu wanita di Bukit Bintang kena pijak 'berjemaah'
Namun begitu, remaja tersebut bukanlah sasaran sebenar mereka, sebaliknya Prabjeet dan Sukhman berniat untuk menyerang salah seorang rakan Ronan berhubung masalah hutang.
Malang buat Ronan kerana dia berada pada masa dan tempat yang salah.
Difahamkan juga, pada hari kejadian, Prabjeet menerima set pedang ninja dan parang yang dibelinya secara dalam talian menggunakan identiti palsu.
Rentetan peristiwa itu, Prabjeet dijatuhi hukuman penjara minimum 18 tahun, manakala Sukhman sekurang-kurangnya 16 tahun. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram