Empat wilayah di Selangor alami gangguan air ekoran pencemaran bau


  • Massa
  • Selasa, 06 Feb 2024

Empat wilayah di Selangor melibatkan Petaling, Sepang, Hulu Langat dan Kuala Langat akan mengalami gangguan air tidak berjadual. — Gambar Hiasan

SEBANYAK empat wilayah di Selangor melibatkan Petaling, Sepang, Hulu Langat dan Kuala Langat akan mengalami gangguan air tidak berjadual susulan penutupan sementara stesen Sungai Loji Rawatan Air (LPA) Semenyih, akibat pencemaran bau di Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir dekat Dengkil, Selangor.

Air Selangor dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan kawasan terjejas ialah Taman Mutiara Puchong, Pusat Bandar Puchong (Jalan 3-20, Jalan Merbah, Jalan Bandar 1-2), Bandar Puchong Jaya (Jalan Tempua) dan Kampung Sri Langkas.

BACA LAGI : [VIDEO] Tragedi lelaki maut bergelut dengan polis di stesen minyak Langkawi diklasifikasi kes bunuh

Turut terjejas ialah Taman Perindustrian Puchong (Jalan TPP 1, 5 dan 6), Taman Denai Puchong, Kampung Bersatu Puchong, Kampung Kenangan Puchong, Taman Sri Puchong, Kampung Sri Andalas, Taman Puchong Intan dan Kampung Baru Sri Puchong.

Selain itu, kawasan terjejas turut melibatkan Desa Millennia, Kampung Sri Aman, Kampung Sri Aman Mas 1 dan 2, Kampung Batu 14 Puchong, Bandar Bukit Puchong Bandar Puchong Utama, Taman Puchong Impian, Kampung Orang Asli Rasau, Universiti Putra Malaysia (UPM), Hospital Serdang, UPM Veterinar, UPM Infoport, Hospital UPM.

BACA LAGI : [VIDEO] Tragedi lelaki maut bergelut dengan polis di stesen minyak Langkawi diklasifikasi kes bunuh

Kawasan lain termasuk Taman Wawasan, Taman Indah Subang Uep, Taman Bukit Serdang, Taman Serdang Perdana, Perindustrian Bukit Serdang, Hotel Palace/Selangor Turf Club, Taman Serdang Raya 1-8, Taman Teknologi Malaysia (Astro), Nahrim, Lestari Putra (LEP 4), Serdang Lama, Serdang Jaya, Taman Muhibbah.

Turut terjejas ialah Seri Kembangan 2, 3, 4, 5, 6, 8, 9, 10, 11 dan 12, Taman Sri Serdang, Taman Serdang Jaya, Pusat Perdagangan Seri Kembangan, Taman Bukit Serdang 1, 3 dan 4, Taman Jinma, Taman Kembangsari, Kawasan Perindustrian Seri Kembangan, KTM Serdang, Lestari Perdana (LP 3), Lestari Perdana (Apartmen Sri Indah) dan Lestari Putra (LEP 3).

Air Selangor berkata, bekalan air di empat wilayah terjejas itu sudah pulih sepenuhnya pukul 3 petang Selasa dan penduduk terlibat boleh layari memuat turun aplikasi Air Selangor untuk mendapatkan maklumat terkini dari masa ke masa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram