Data pertukaran ringgit oleh Google tidak tepat, tegas Bank Negara


  • Bizz
  • Selasa, 06 Feb 2024

BNM dalam satu kenyataan pada Selasa menegaskan kadar pertukaran ringgit dalam carian Google itu adalah tidak tepat. — Gambar Hiasan

NILAI Ringgit Malaysia (RM) yang jatuh ke paras RM6.24 lebih berbanding AS$1 pada di laman carian Google sejak Isnin menjadi bualan rakyat pada ketika ini.

Manakan tidak, nilai itu dianggap berada pada paras terendah dalam tempoh beberapa bulan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Susulan itu, enggan menimbulkan spekulasi dalam kalangan masyarakat, Bank Negara Malaysia (BNM) tampil menafikan isu tersebut.

BNM dalam satu kenyataan pada Selasa berkata, kadar pertukaran ringgit dalam carian Google itu adalah tidak tepat.

“BNM ingin menjelaskan tentang data kadar pertukaran ringgit yang tidak tepat, termasuk kadar USD/MYR, yang diterbitkan oleh Google pada 5 Februari 2024.

“Julat perdagangan tinggi dan rendah bagi USD/MYR yang dicatatkan dalam pasaran antara bank tempatan bagi ringgit adalah antara 4.7480 dengan 4.7630 pada 5 Februari," katanya dalam satu kenyataan di laman X (Twitter) pada Selasa.

BACA LAGI: Nilai ringgit jatuh bawa kebaikan? Rakyat tak minat teori ekonomi Rafizi Ramli

GFpGN3ragAAdYeX

Kenyataan yang dikeluarkan oleh BNM pada Selasa. — BNM

BACA LAGI: [VIDEO] Tragedi lelaki maut bergelut dengan polis di stesen minyak Langkawi diklasifikasi kes bunuh

BNM turut mengingatkan agar orang ramai berwaspada dan menggunakan sumber yang disahkan sebagai rujukan utama.

“Orang ramai diingatkan supaya sentiasa berwaspada dalam menggunakan sumber yang tidak dapat disahkan sebagai rujukan berhubung dengan ringgit," ciapnya.

Justeru, orang ramai digalakkan untuk merujuk kepada https://www.bnm.gov.my/ untuk maklumat lanjut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram