[VIDEO] Dirempuh kereta dari belakang sampai tercampak dalam parit, budak perempuan 5 tahun maut di Bagan Serai


  • 112
  • Rabu, 31 Jan 2024

Kereta yang terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal di Jalan Alor Pongsu, Kampung Matang Jelutong, Bagan Serai, Perak, pada Selasa malam. — Facebook

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia lima tahun maut apabila motosikal dinaikinya bersama tiga individu lain dirempuh sebuah kereta dari arah belakang dalam kemalangan di Jalan Alor Pongsu, Kampung Matang Jelutong, Bagan Serai, Perak, pada Selasa malam.

Impak daripada pelanggaran tersebut menyebabkan motosikal terbabit terjerumus ke dalam parit di tepi jalan terbabit.

Video mengenai kejadian berkenaan turut tular di sosial media yang memaparkan orang ramai cuba mencari beberapa mangsa yang turut tercampak ke dalam parit berkenaan.

Dalam pada itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad dilaporkan berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada pukul 9.41 malam.

BACA LAGI: [VIDEO] Lori sempat brek, nyaris gilis lelaki tercampak keluar kereta lepas kemalangan di Kuala Langat

BACA LAGI: Lelaki putus kepala terlibat kemalangan langgar trak pikap tepi jalan di lebuh raya WCE

Katanya, kejadian itu membabitkan sebuah kereta jenis Proton Persona dipandu seorang lelaki yang melanggar bahagian belakang motosikal dinaiki mangsa.

Dalam insiden tersebut, beliau berkata, motosikal terbabit ditunggang oleh seorang wanita dewasa berusia 32 tahun bersama tiga lagi pembonceng, masing-masing merupakan seorang remaja lelaki 14 tahun, kanak-kanak lelaki (tujuh tahun) dan kanak-kanak perempuan lima tahun.

Katanya, pihaknya kemudiannya menerima maklumat bahawa salah seorang yang berusia lima tahun disahkan meninggal dunia di hospital.

Menerusi perkongsian di media sosial, mangsa yang maut dikenali sebagai Puteri Kasih Maisara. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram