[VIDEO] Ajal depan mata anak-anak, suami isteri maut motor terperosok bawah trak


  • Benua
  • Selasa, 30 Jan 2024

Tangkap layar video memaparkan kejadian sepasang suami isteri maut apabila sebuah trak merempuh motosikal yang dinaiki mereka sekeluarga dari belakang di India.

SEPASANG suami isteri maut apabila sebuah trak yang membawa padi merempuh motosikal dinaiki mereka sekeluarga dari arah belakang.

Kejadian ngeri di Salem, Tamil Nadu, India itu dilaporkan berlaku pada Ahad.

Mangsa yang dikenali sebagai Alagarasan, seorang pekerja buruh binaan berusia 30 tahun dan isterinya, Ilamathi, 25, dalam perjalanan bersama dua anak mereka yang masih kecil menuju ke Pannavadi.

BACA LAGI: [VIDEO] Bengang kena marah tak bagi signal, pemandu berkali-kali langgar penunggang motor di Pulau Pinang

BACA LAGI: [VIDEO] Kes langgar lari, remaja maut dirempuh pemandu mabuk di Kuching

Pasangan itu meninggal dunia di tempat kejadian selepas badan mereka terperosok ke bawah tayar trak tersebut.

Sementara anak mereka pula, masing-masing berusia lima dan dua tahun terselamat dengan hanya mengalami kecederaan ringan.

Kemalangan yang berlaku ketika aliran trafik bergerak perlahan itu berjaya dirakam menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kawasan berkenaan.

Pihak berkuasa di balai polis Karumalaikoodal telah menghantar mayat ke Hospital Kerajaan Mettur untuk dibedah siasat. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram