[VIDEO] Ajal depan mata suami, isteri maut kereta termasuk jalan kontra di Kuala Selangor


  • 112
  • Jumaat, 26 Jan 2024

Anggota bomba membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di Taman Mulia, Assam Jawa dekat Kuala Selangor pada Jumaat. — Gambar ihsan orang awam

ISTERI maut, suami pula parah. Satu kemalangan maut meragut nyawa seorang penumpang wanita sementara suaminya cedera parah selepas terlibat dalam nahas dua kenderaan bertembung di Taman Mulia, Assam Jawa dekat Kuala Selangor, Selangor pada Jumaat.

Saksi mendakwa, kejadian berlaku di depan matanya yang pada ketika itu sedang memandu ke sebuah lokasi.

"Inalillahiwainaillahirojiun. Seumur hidup saya, ini kali pertama saya lihat kemalangan betul-betul depan mata.

"Kereta kami berada di belakang kereta yang terlibat. Mujur dapat elak.

"Tiga biji kereta yang terlibat, Saga FLX (merah) dua mangsa, seorang mangsa wanita berusia 32 tahun disahkan oleh pegawai perubatan telah meninggal dunia di tempat kejadian.

"Kereta Estima dua mangsa, seorang lelaki (sedar) dan anak perempuannya berusia empat tahun (sedar dan mengalamai kecederaan ringan).

"Kereta Xtrail hitam seorang lelaki (tidak mengalami kecederaan).

"Takziah buat semua ahli keluarga yang terlibat. Maaf saya hanya dapat bantu sekadar yang mampu," tulisnya di Facebook.

BACA LAGI: [VIDEO] Sewa bilik RM9 sejam, murid sekolah menengah antara 5 pasangan kena cekup buat maksiat

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Wan Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada pukul 9.58 pagi.

"Sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Selangor telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Bomba tiba di lokasi dan mendapati kemalangan melibatkan kereta Proton Saga dan Toyota Estima.

“Saksi kejadian mendakwa kemalangan berlaku ketika pemandu Saga dalam perjalanan dari Jeram ke Kuala Selangor dan telah masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan Estima,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

BACA LAGI: [VIDEO] Wanita penggal kepala anak jiran, pura-pura ikut solat jenazah

Tambahnya, pemeriksaan pada Proton Saga terbabit mendapati Tarmizzi Rumandud, 37, cedera parah akibat tersepit manakala isterinya, Nur Izzathy Ashikin Ibrahim, 32, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Pemeriksaan di dalam Estima pula mendapati seorang lelaki berusia 41 tahun mengalami cedera ringan manakala anak perempuan berusia 5 tahun tidak sedarkan diri," jelasnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram