SEORANG remaja lelaki menjadi tumpuan ramai selepas ibunya bertindak memiat cuping telinganya selepas ditahan polis dalam satu operasi membanteras kegiatan lumba haram.
Difahamkan kejadian itu berlaku di Kota Samarinda, Kalimantan Timur, Indonesia pada Ahad.
Video yang dirakam orang awam berada di lokasi kejadian turut tular dan menjadi bualan ramai.
Malah ada yang berpendapat ia adalah satu tindakan yang perlu dilakukan bagi memberi pengajaran terhadap remaja berkenaan.
BACA LAGI: [VIDEO] Ajal depan mata suami, isteri maut kereta termasuk jalan kontra di Kuala Selangor
Memetik laporan media antarabangsa, Ketua Polis Trafik Pesuruhjaya, Creato Sonitehe Gulo berkata, kebanyakan 'mat rempit' yang ditahan terdiri daripada golongan remaja.
"Kami dapati seorang yang ditahan membawa senjata tajam," katanya.
Menurutnya, terdapat dua lokasi yang digunakan kumpulan terbabit untuk melakukan aksi lumba haram iaitu Simpang Lembuswana dan Simpang Hotel Mesra Indah atau kawasan Pasar Pagi Samarinda.
"Kami mengeluarkan 56 saman dalam operasi tersebut dan masih menahan kenderaan mereka di Pos Meranti Patwal," jelasnya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram