[VIDEO] Pelajar lari bertempiaran, ibu bapa remaja disyaki lepaskan tembakan rambang lepas game bola keranjang


  • Benua
  • Sabtu, 27 Jan 2024

Tangkap layar insiden tembakan berlaku di sebuah sekolah dekat Hueytown, Alabama, Amerika Syarikat pada Jumaat.

SATU insiden tembakan dilaporkan berlaku selepas perlawanan bola keranjang di sebuah Sekolah Tinggi Hueytown, Alabama, Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat malam.

Tragedi itu tercetus selang 10 minit selepas perlawanan tamat dan tembakan rambang itu disyaki dilepaskan di ruang parkir sekolah berkenaan kira-kira pukul 9.23 malam.

Tembakan itu mengakibatkan sekumpulan pelajar dan peserta perlawanan tersebut lari bertempiaran ke dalam dewan untuk berlindung dari serangan terbabit.

BACA LAGI: [VIDEO] Lelaki maut lepas berbalas tembakan dengan polis di Puchong Prima ada 14 rekod jenayah

BACA LAGI: [VIDEO] Kecoh tembakan rambang di pusat beli-belah, polis sahkan rupanya bunyi kerusi besi

Menurut Jabatan Penguatkuasa Undang-Undang Syeriff Jefferson Country, insiden itu berpunca akibat pergaduhan sekumpulan remaja yang kemudiannya diturut serta ahli keluarga masing-masing di ruang parkir sekolah berkenaan.

Difahamkan, salah seorang daripada ahli keluarga terbabit melepaskan beberapa das tembakan ke udara sebelum melarikan diri dari lokasi kejadian.

Pegawai dari Jabatan Polis Hueytown kemudiannya bergegas ke tempat kejadian dan berjaya mengawal kekecohan yang berlaku.

Namun, tiada sebarang kecederaan dilaporkan berlaku dalam kejadian tersebut dan polis masih menjalankan siasatan berhubung hal itu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram