[VIDEO] Ahli Parlimen Korea Selatan parah diserang guna batu


  • Benua
  • Khamis, 25 Jan 2024

Tangkap layar insiden serangan membabitkan seorang remaja lelaki yang memukul ahli parlimen wanita daripada parti pemerintah Korea Selatan pada Khamis.

SATU insiden serangan dilaporkan berlaku membabitkan seorang ahli parlimen wanita daripada parti pemerintah Korea Selatan yang cedera dipukul individu lelaki tidak dikenali pada Khamis.

Bae Hyun-jin, 40, dimasukkan ke Hospital Universiti Soon Chun Hyang di Seoul, Korea Selatan namun kecederaannya tidak mengancam nyawa.

Menurut laporan media agensi berita Yonhap di Seoul, Hyun-jin diserang di bahagian belakang kepala dengan batu sehingga berdarah di daerah Gangnam, Korea Selatan.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari pejabat Hyun-jin memaparkan tindakan suspek yang disyaki mengekori ahli parlimen itu ke bangunan terbabit sebelum memukul kepalanya dengan sejenis objek keras dan berterusan menyerang mangsa sehingga terjatuh.

BACA LAGI: Ahli Parlimen Tanjong Karang jadi wakil Bersatu ke-6 sokong Anwar

BACA LAGI: [VIDEO] Isytihar sokong PM Anwar, Ahli Parlimen Bukit Gantang pembangkang ke-5 mahu bantu kerajaan Madani

Berdasarkan laporan doktor di hospital, Hyun-jin mengalami luka sepanjang satu sentimeter dan bengkak di bahagian kepala.

Polis bagaimanapun berjaya menahan suspek di tempat kejadian dan pelaku disahkan berusia 15 tahun.

Korea Selatan ketika ini difahamkan sedang sibuk membuat persediaan untuk mengadakan pilihan raya pada 10 April depan.

Untuk rekod, serangan itu berlaku hanya beberapa minggu selepas kejadian pemimpin parti pembangkang, Lee Jae-myung, ditikam di leher berucap kepada pemberita dalam sidang media di Busan, Korea Selatan.Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram