[VIDEO] Ajal baiki bot bapa, pemuda Terengganu maut terkena renjatan elektrik spotlight


  • 112
  • Selasa, 16 Jan 2024

Muhamad Zai Hisham Zaidir (gambar kecil) maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika membaiki dan membersihkan bot milik bapanya di muara Sungai Marang dekat Kampung Seberang Marang, Terengganu pada Selasa. — Facebook

SEORANG lelaki maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika membaiki dan membersihkan bot milik bapanya di muara Sungai Marang dekat Kampung Seberang Marang, Terengganu pada Selasa.

Komander Operasi, PBK II Mohd Noor Abd Rahman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.15 pagi Selasa tentang kejadian mangsa terkena renjatan elektrik yang berlaku lokasi kejadian.

"Pasukan Bomba daripada Balai Bomba Marang telah bergegas ke lokasi kejadian sebaik panggilan diterima.

"Kejadian itu melibatkan seorang lelaki dewasa yang telah terkena renjatan elektrik ketika sedang melakukan kerja-kerja membaik pulih pendawaian di atas bot.

"Bagaimanapun, mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

BACA LAGI: [VIDEO] Angkara bergaduh, lelaki nekad terjun lepas tertolak teman wanita sampai terjatuh Jambatan P.Pinang

BACA LAGI: [VIDEO] Teman wanita dakwa ditolak kekasih jatuh jambatan P.Pinang, polis siasat cubaan bunuh

Pada masa sama turut tular satu video orang awam mengerumuni lokasi kejadian.

Melalui maklumat awal yang dikongsikan orang awam, mangsa dikenali sebagsi sebagai Muhamad Zai Hisham Zaidir yang berumur 24 tahun.

Mangsa disyaki terkena renjatan elektrik daripada spotlight (lampu sorot) yang digunakan untuk memudahkan kerja-kerja membaiki bot. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram