[VIDEO] Kakak ‘kereta terbang’ pink pecut sampai 180km/j, langgar had laju lebuh raya


  • Tular
  • Khamis, 18 Jan 2024

Tangkap layar seorang pemandu wanita memecut laju melebihi had kelajuan di sebuah lebuh raya pada Khamis.

SEORANG pemandu wanita mencuri tumpuan warga maya apabila memandu melebih had kelajuan di sebuah lebuh raya pada Khamis.

Rakaman tular itu memaparkan pelaku yang turut ditemani rakannya di bahagian kerusi penumpang hadapan, memecut dengan kelajuan 180 kilometer sejam (km/j) ketika kejadian.

Pelaku yang memandu kereta berwarna merah jambu itu disyaki sengaja melanggar peraturan jalan raya meskipun menyedari akan kesalahan dilakukan.

Dalam pada itu, laluan terbabit juga kelihatan lengang tanpa kesesakan lalu lintas ketika kejadian.

BACA LAGI: [VIDEO] Tak tahu jalan punca pemandu Myvi melawan arus, sebabkan kemalangan 5 kenderaan di JB

Mengundang kecaman di laman media, rata-rata netizen menggesa agar pelaku ditahan polis atas kesalahan memandu melebihi had kelajuan.

"Memang tak sayang nyawa, pecut lebih 180km sejam dengan kereta bersaiz mini bahaya, silap-silap boleh meletup tayar ataupun tercampak," kata Azri Hamid.

BACA LAGI: [VIDEO] Malang berganda, pemuda Bangladesh enggan dibantu dan terbaring tengah jalan lepas dilanggar motor akhirnya digilis Myvi di Gurun

"Memang sengaja cari nahas, kawan sebelah pula tak tegur lagi mengapi-apikan sampai naik seronok tekan pedal minyak, tunggu polis ambil siasatan," ujar Faris9982.

"Sekejap saja polis akan ambil tindakan, dengan kereta warna merah jambu, muka pun jelas dalam kamera, senang dua-dua kena tangkap nanti," jelas RaisyaaNurYati.

Untuk rekod, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melaporkan kesalahan tidak mematuhi had laju dan melanggar lampu isyarat melalui kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AwAS) merupakan antara lima kesalahan utama yang akan dikenakan tindakan mahkamah dan tidak boleh dikompaun.

Sekiranya disabitkan kesalahan, pelaku boleh dikenakan denda sehingga RM2,000 di bawah Seksyen 79 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Namun, lokasi kejadian tidak dinyatakan dalam video tersebut dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil ke balai berhampiran untuk membuat laporan lanjut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram