SEORANG wanita warga emas dilaporkan meninggal dunia seminggu selepas memecahkan rekod sebagai penerjun payung tertua dunia pada 1 Oktober tahun lalu.
Dorothy Hoffner, 104, ditemui mati dalam tidur di kediamannya dekat Chicago, Amerika Syarikat oleh komuniti warga emas di kawasan berkenaan.
"Dia bukan seorang yang akan tidur di waktu siang, tidak menghadiri sebarang jemputan majlis dan sebagainya kerana dia tidak kenal erti penat lelah.
"Tetapi kini dia telah pergi buat selama-lamanya," kata salah seorang daripada komuniti terbabit.
BACA LAGI: Pecah rekod dunia, warga emas tawan puncak Gunung Kinabalu
Bagaimanapun, namanya tetap tercatat dalam senarai Rekod Dunia Guinness sebagai individu tertua yang pernah melakukan aktiviti sukan ekstrem tersebut.
Turut bersedih atas kematian Dorothy, Skydive Chicago menerusi kenyataannya mengucapkan takziah dan berbangga atas pencapaian mendiang.
BACA LAGI: [VIDEO] Akibat perbalahan, pasangan warga emas maut ditikam anak kandung di Segambut
"Lompatan payung terjun merupakan aktiviti yang kita akan simpan sebagai kenangan, tetapi Dorothy mengingatkan kita bahawa masih belum terlambat untuk menikmati keseronokan walaupun di penghujung usia.
"Kami bersyukur aktiviti ini adalah sebahagian daripada kehidupannya semasa hidup dan kisahnya akan dijadikan inspirasi kepada seluruh dunia," katanya.
Untuk rekod, ia merupakan pengalaman kali kedua Dorothy apabila pernah melakukan aktiviti tersebut ketika usianya pada 100 tahun.
Pujian dan tepukan gemuruh diberikan buat wanita terbabit apabila kembali melakukan lompatan payung terjun buat kali kedua dan rata-ratanya mengucapkan tahniah kepadanya selepas berjaya menyelesaikan misi tersebut. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram