[VIDEO] Akibat perbalahan, pasangan warga emas maut ditikam anak kandung di Segambut


  • 112
  • Sabtu, 09 Dis 2023

Tangkap layar kejadian bunuh membabitkan pasangan warga emas yang ditikam anak kandungnya di sebuah kediaman dekat Kampung Sungai Penchala, Segambut, Kuala Lumpur.

PASANGAN warga emas dilaporkan maut ditikam anak lelaki mereka dalam insiden pergaduhan yang berlaku di sebuah kediaman dekat Kampung Sungai Penchala, Segambut, Kuala Lumpur pada Sabtu malam.

Mangsa yang berusia 72 dan 82 tahun itu ditemui terbaring dalam keadaan berlumuran darah di ruang tamu rumah berkenaan.

Menurut laporan media, sumber mengatakan bahawa kejadian itu berpunca akibat perbalahan antara pasangan itu serta anak lelakinya berusia 42 tahun yang dipercayai penagih dadah.

“Dalam pergaduhan itu, suspek dikatakan mengambil senjata tajam sebelum menikam kedua ibu bapa menyebabkan mengalami kecederaan parah.

“Saksi yang menyedari kejadian segera menghubungi polis untuk bantuan,” katanya.

Bagaimanapun, sumber berkata, sebaik pasukan polis tiba, kedua mangsa disahkan sudah meninggal dunia.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid mengesahkan kejadian pembunuhan tersebut.

“Suspek adalah anak kepada mangsa dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram