SEORANG warga emas berusia 90 tahun berjaya memecah rekod dunia apabila menawan puncak Gunung Kinabalu sekal igus memadam rekod terdahulu yang dipegang seorang pendaki wanita berusia 82 tahun.
Difahamkan, ini merupakan pencapaian kali kedua warga emas asal Sabah itu selepas kali pertama melakukannya pada usia 80 tahun.
Memuat naik rakaman video di TikTok, pemilik akaun @iceeminn123 yang merupakan ahli keluarga turut berkongsi cerita dan detik bersejarah warga emas tersebut.
Dikenali sebagai Buatin, pencapaian itu telah memadam rekod terdahulu yang dipegang oleh Chee Moy Chun yang berjaya menjadi wanita tertua dunia mendaki Gunung Kinabalu di usia 82 tahun.
Enggan tewas kepada rekod tersebut, Buatin sekali lagi mencabar dirinya untuk tawan Gunung Kinabalu buat kali kedua.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi cerita dan pengalaman terserempak dengan warga emas tersebut ketika aktiviti pendakian.
Zack sparrow berkata, dia pernah terserempak dengan Buatin semasa mendaki di Bukit Kopungit, Sabah satu ketika dahulu.
"Tahniah Buatin, saya pernah terjumpa dia semasa mendaki di Bukit Kopungit ketika berusia 40 tahun dan dia merupakan pendaki pertama yang tiba di puncak ketika itu," katanya.
"Saya pernah terjumpa dengan pak cik ini semasa mendaki di Bukit Lampaki Inobong, satu pencapaian yang baik dan membanggakan," tambah Chua Men Nam.
"Cemburu dengan kekuatan fizikal dan mental dia, walaupun di usia emas masih boleh mendaki dan tetap bersemangat, semoga kekal sihat dan cergas selalu," kata Dee Neeya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram