DBKL serbu gerai 'ubat kuat', 7 premis penjaja warga asing disita di Chow Kit


  • 112
  • Ahad, 14 Jan 2024

Penguatkuasa DBKL menyerbu gerai penjaja yang menjual 'ubat kuat' di Jalan Haji Taib, Chow Kit, Kuala Lumpur pada Ahad. — Facebook/DBKL

SEBANYAK empat buah gerai menjual 'ubat kuat' disita Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam operasi dijalankan di sekitar Jalan Haji Taib, Chow Kit, Kuala Lumpur pada Ahad,

DBKL dalam satu hantaran di Facebook berkata, pihaknya menyita dua gerai membaiki kasut dan sebuah gerai penjaja makanan tanpa permit diusahakan oleh warga asing.

BACA LAGI: DBKL henti terima permohonan baharu bagi program FTZ

p

Empat gerai menjual ubat 'kuat' disita menerusi operasi di sekitar Jalan Haji Taib, Chow Kit, Kuala Lumpur. — Facebook/DBKL

"Tindakan sita serta merta ke atas empat penjaja ubat-ubat dan alatan seks, dua peniaga tukang kasut dan satu penjaja makanan ringan milik warga negara asing yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen.

"Tindakan dijalankan di sekitar Jalan Haji Taib, Chow Kit menerusi Undang-Undang Kecil (UUK) Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016," menurut hantaran itu pada Ahad.

DBKL berkata, tindakan secara berterusan akan diadakan bagi membanteras aktiviti perniagaan tidak berlesen.

Katanya, pemantauan berkala akan dijalankan di lokasi 'hotspot' dan tindakan akan diambil menerusi operasi khas yang telah dirancang membabitkan 11 Parlimen di ibu negara. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram