[VIDEO] Pekerja binaan maut bongkah konkrit tiba-tiba runtuh, kejadian keempat di lokasi sama


  • Benua
  • Selasa, 16 Mei 2023

Tangkap layar runtuhan bongkah binaan yang mengakibatkan seorang pekerja binaan maut dan seorang tercedera sementara lapan kenderaan rosak di Jalan Rama 2, Bangkok.

SEBUAH bongkah konkrit binaan lebuh raya tiba-tiba runtuh dan mengakibatkan seorang pekerja meninggal dunia manakala seorang lagi tercedera, sementara lapan buah kenderaan rosak di Bangkok, Thailand baru-baru ini.

Kejadian yang berlaku di Jalan Rama 2 Krung Thep Maha Nakhon, Bangkok, itu berjaya dirakam menggunakan kamera papan pemuka kenderaan (dashcam).

Insiden tersebut sekali gus menggembarkan Balai Polis Tha Kham memandangkan laluan berkenaan sering sibuk dengan kenderaan.

Runtuhan konkrik itu meragut nyawa pekerja binaan warga tempatan, Worawut Pannon, 54, dari wilayah Nong Bua Lamphu.

Seorang saksi, Sumeth Kirimek, 40, berkata, dia sedang memandu pulang dari Hua Hin apabila kejadian itu berlaku.

"Kenderaan saya turut mengalami beberapa kerosakan antaranya cermin depan, tayar dan bumbung kereta," katanya.

Pihak berkuasa Lebuhraya Thailand (EXAT), Surachet Laopoolsuk memberitahu, insiden ngeri itu berlaku sekitar pukul 4.17 petang (waktu tempatan) baru-baru ini.

"Kemalangan disebabkan struktur binaan runtuh dan mengakibaktan pekerja maut dan cedera.

"Kakitangan projek sedang dalam proses menyelaras kerosakan dan kontraktor bertanggungjawab sepenuhnya.

"Pembinaan lebuh raya bertingkat itu dihentikan selama tujuh bagi urusan siasatan dan kami mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa," terangnya.

Sebelum ini, pada Julai 2022, sebuah kenderaan merempuh sisa runtuhan binaan di Jalan Rama 2.

Pada bulan yang sama turut menyaksikan kejadian binaan jambatan di Jalan Rama 2 runtuh dan mengakibatkan empat kenderaan musnah sementara dua maut.

Kemudian pada Ogos tahun yang sama, sebuah kenderaan musnah ditimpa palang besi di Jalan Rama 2. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram