AKSI terakhir Negeri Sembilan FC (NSFC) dalam Liga Super ialah seri 1-1 ketika menentang Perak FC di Stadium Perak pada 19 April lalu sebelum perlawanan direhatkan seketika bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Bagaimanapun, setelah seminggu menyambut Syawal, pertembungan pasukan Liga Super kembali diteruskan selain menyaksikan pertemuan antara NSFC dengan Kedah Darul Aman (KDA) FC pada Jumaat.
Tentu sahaja ksempatan berehat selama seminggu ini menjadi peluang buat pemain ‘mengasah’ senjata masing-masing sebelum betemu dengan skuad Hijau Kuning di Stadium Tuanku Abdul Rahman.
Bermain di tempat sendiri, penyokong mengharapkan agar anak buah jurulatih, K. Devan mampu menghadiahkan tiga mata setelah mencatat jaringan seri 1-1 menerusi dua perlawanan.
Penyokong juga mengharapkan peluang bermain di tempat sendiri dapat membantu NSFC memperbaiki prestasi yang semakin menurun dan hampir tersenarai dalam lima pasukan tercorot.
Penyokong kecewa dengan prestasi Zaquan Adha (kiri) yang dilihat semakin menurun. — Facebook Negeri Sembilan Football Club
“Graf kita sudah makin menurun nampaknya ini,” kata Sukma Wati.
“Cubalah yang terbaik semua. Harap tiga mata nanti akan menjadi milik kita,” kata Ngah Hafiz.
Dalam pada itu, ada juga pandangan yang mengharapkan agar pemain tengah, Annas Rahmat diberi peluang dalam senarai kesebelasan utama.
Selain itu, penyokong turut meminta agar Zaquan Adha Abd Razak yang menyandang posisi penyerang direhatkan seketika.
Diharapkan NSFC berjaya meraih kutipan tiga mata menentang KDA pada Jumaat. — Facebook Negeri Sembilan Football Club
Ini berikutan prestasi yang kurang memberangsangkan selain dilihat gagal membuat atau membantu jaringan.
“Tolong masukkan Annas Rahmat dalam 1st eleven. Kapitan rehat dulu,” kata Fahmey Halid.
“Bagi orang lain jadi kapten, Annas pun nampak macam boleh,” kata Mohd Razli Suip.
“Mungkin Zaquan tu boleh simpan dulu kot. Nampak macam kurang menyakinkan,” kata Kencana Dewa.
Untuk rekod, selepas pertemuan dengan KDA, NSFC dijadualkan bakal menentang skuad The Cops pada 18 Mei manakala Kelantan United pada 23 Mei. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram