Haram hukumnya jika petik bunga atas kubur orang lain


  • Mukmin
  • Isnin, 01 Mei 2023

Meletakkan di atas kuburan antara perbuatan sunnah Rasulullah SAW.

SAMBUTAN perayaan Aidilfitri dan Aidiladha antara waktu tanah perkuburan Islam sibuk diziarah ahli keluarga. Ada juga sebilangan ahli keluarga yang menjadikan perkara itu sebaga rutin setiap kali meraikan kedua-dua musim perayaan itu.

Namun, terdapat adab yang perlu dipatuhi bagi mengelakkan daripada menyebabkan kemudaratan di kemudian hari.

Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah dilarang memetik bunga daripada kubur lain untuk ditaburkan atau diletakkan di atas kubur ahli keluarga.

Perbuatan itu jelas dilarang dalam Islam apatah lagi Rasulullah SAW juga tidak menyukai perkara tersebut.

Menurut agaman Imam Ibnu Hajar Al-Haitami dalam kitab Tuhfah al-Muhtaj memberitahu, maksudnya: Haram mengambil tumbuhan tersebut seperti yang telah dibahaskan kerana dapat menghilangkan hak si mati.”

ziarah-kuburjpg-15cbf84c1ab8a029986e95ca71bb39a5_800x420

Meletakkan tumbuhan di atas kubur merupakan sunnah Rasulullah SAW. — Agensi

Imam al-Syirwani turut mengatakan haram bagi mencabut atau mengambil tumbuhan termasuk rumput serta seumpama yang tumbuh di atas kubur kerana itu merupakan hak si mati.

Mufti Wilayah Persekutian, Datuk Luqman Abdullah turut menegaskan bahawa hukum memetik tumbuhan yang ada atau memindahkan bunga di atas kubur adalah haram.

“Namun harus bagi pemilik yang menanam tumbuhan tersebut untuk memetik dan mengambil bunga. Jika banyak dengan syarat hendaklah ditinggalkan sebahagian daripadanya serta tidak merosakkan tumbuhan itu.

“Meletakkan bunga atau tumbuhan hidup di atas kubur merupakan perkara yang disunatkan mengikut syarak. Tumbuhan yang hidup akan berzikir dan bertasbih kepada ALLAH SWT.

majoriti2023 (1)

Dilarang mengambil, memetik atau memindahkan bunga mahupun tumbuhan daripada atas kubur si mati untuk diletakkan di atas kubur lain kerana hukumnya haram.— Agensi

“Malah itu akan memberi keberkatan dan keringanan ke atas jenazah di bawah atau dalam kuburan,” katanya.

Hadis diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, maksudnya: “Ketika Rasulullah SAW melintasi kawasan pekuburan, lalu baginda SAW bersabda, Berikan aku dua pelepah tamar. Kemudian baginda meletakkan salah satunya di bahagian kepada dan satu lagi bahagian kaki mayat. Lalu baginda ditanya, wahai Nabi ALLAH, adakah itu boleh memberi manfaat? Nabi kemudian bersabda, tetap akan diringankan sebahagian daripada azab kubur selagi kedua itu tidak kering (pelepah).

Oleh itu secara ringkasnya, tidak boleh mengambil atau memetik bunga dari kubur jenazah lain untuk diletakkan pada kubur ahli keluarga melainkan setelah kering atau mati. Perbuatan itu jelas menafikan hak si mati yang sudah meninggal dunia. Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram